Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji
04:12 Dec 20, 2018  |  By SabahKini2
Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji

Selepas IHH Berhad dijual kepada syarikat Jepun kini giliran LTH pula asetnya dijual.BNM dibawah kuasa Lim Guan Eng Menteri Kewangan pula akan menyelia LTH dan menjual aset syarikat Bumiputera Islam itu. Alasannya tampung hutang. Inilah strategi Lim Guan

 

KUALA LUMPUR: Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan  bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.

"Saya kira ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal (di bawah seliaan BNM) dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.

Tambah Fuziah, penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.

Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion. 

Strategi Lim Guan Eng, BNM dan Kerajaan PH selepas mengambil alih Tabung Haji ialah menjual aset-aset TH. Ia menjadi lebih laju apabila Lim Guan Eng melantik Price Waterhouse Cooper sebuah syarikat audit milik Yahudi bercawangan di Malaysia membuat audit menjahanamkan Tabung Haji.

11 Disember lalu Kerajaan PH mengumumkan memindahkan aset TH berjumlah RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian Kewangan. Syarikat ini pastinya mendapat sentuhan dari Lim Guan Eng. Inilah cara Lim Guan Eng DAP memfaraidkan harta aset TH dan orang Islam di negara ini.

 

Wakil cawangan PWC di Malaysia yang diarah Lim Guan Eng untuk membuat audit TH. 

 

Sebelum ini Media melaporkan kerugian saham-saham TH selepas 7 bulan PH memerintah. Penjualan aset bumiputera adalah sebahagian strategi Lim Guan Eng

 

 

 

98 Comments