Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf
12:12 Dec 21, 2018  |  By SabahKini2
Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf

Menteri DAP Kulasegaran kini pengamal Dasar 'Indian First' di kementeriannya. Terbaru agensinya Human Resource Developmt Fund (HRDF) kini sudah seperti Hindraf. 'Buang staf melayu' dan monopoli India.

Dasar 'Indian First' di Human Resource Developmt Fund (HRDF) oleh YB Kula Menteri Sumber Manusia.CEO baru Mr Elanjelian dilantik tanpa temuduga. Rakan beliau Poobalan Murugesan dilantik sebagai Pengurus Kanan, tanpa melalui proses temuduga.

Dhamodharan Munusamy (64 tahun, Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association) dilantik sebagai Chief Finance Officer (CFO). CFO sebelum ini, Wan Nazaruddin dipaksa berhenti 24 jam dengan ugutan siasatan dalaman.

Staff kanan bukan India samada ditekan sehingga berhenti atau tidak disambung kontrak (Noor Azita, Jason, Hj Suran, NoorLiza, Azahari) untuk beri laluan kepada kroni-kroni. Staff India walaupun terpalit isu rasuah (Murali, Puviyan, Sashikala) dikekal.

Nadeswaran Munusamy (63 tahun, penagih alkohol tegar, bekas wartawan) dilantik sebagai Advisor.

Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun, akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai Advisor dengan bayaran RM40 ribu sebulan.

Kenalan CEO Elanjelian, Tamil Selvam Thirumilai,  seorang penyelia pengeluaran dan aktivis sekolah Tamil dilantik sebagai Manager, walaupun gagal dalam proses temuduga.

Pada 18 Disember, RM50,000 diberikan kepada Persatuan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Tamil Perak. Sedangkan, biasanya, hanya RM5,000 diperuntukkan.

Pelantikan firma guaman berkepentingan. Vemal adalah peguam di Kula Arasan & Associate

Vemal Arasan & Associate, firma guaman milik anak didik Kulasegaran dilantik sebagai agen menguruskan tunggakan levi majikan. Polisi HRDF memerlukan minima seorang rakan Bumiputra dan Insurance Indemnity RM1 juta. Firma ini gagal memenuhi kedua-dua syarat di atas.

Seorang Ahli Lembaga Pengarah baru, Govindasamy Annamalai tidak layak kerana bukan majikan berdaftar. Beliau presiden Educational Welfare and Research Foundation, sebuah NGO India.

HRDF adalah agensi kerajaan tetapi Kula buat seperti HINDRAF. Seperti Waytha, Kula juga dalang menghasut rusuhan kes kuil Seafield yang menyebabkan kematian Adib

56 Comments