Restoran ‘mamak’ menyamar Islam tetapi buat upacara sembahyang Hindu
18:12 Dec 31, 2018  |  By SabahKini2
Restoran ‘mamak’ menyamar Islam tetapi buat upacara sembahyang Hindu

Teknik penyamaran pemilik restoran mamak yang dimiliki orang bukan Islam bukanlah baru.Pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyan

Video Restoran mamak menyamar tular

Tular video dalam media sosial Restoran mamak milik hindu atas nama Bismillah Biryani lokasinya tidak diketahui.

Sebelum ini banyak restoran mamak tertangkap kerana memperdaya orang Islam kononnya halal tetapi sebaliknya malah menyediakan makanan yang kotor.

Modus operandi restoran mamak ini ialah mereka mengaku  kononnya adalah penganut agama Islam tulen.

Namun rata-rata serbuan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KPDNHEP pekerja restoran ‘mamak’ muslim disoal siasat langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

JAKIM dan KPDNHEP perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap penipuan penyamaran kedai mamak seperti orang Islam tetapi sebaliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN- KPDNHEP Selangor serbu restoran 'mamak' siang biawak ]

 

 

31 Comments