Lagi Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah 'pau' kontraktor?
07:01 Jan 03, 2019  |  By SabahKini2
Lagi Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah 'pau' kontraktor?

Siapakah dimaksudkan pembantu ahli politik itu? Adakah Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah yang popular dengan surat sokongan itu? SPRM jangan pilih bulu perlu bertindak

KOTA KINABALU:  Portal Free Malaysiatoday semalam mendedahkan seorang ahli perniagaan Sabah dikenali sebagai Lau mendakwa diancam seorang pembantu kepada seorang ahli politik pemerintah yang berkuasa di negeri itu, selepas meminta bayaran untuk menaikkan papan iklan di serata negeri untuk mempromosi ketua menteri.

Lau, berkata dia berbelanja hampir RM10,000 untuk menaikkan papan iklan tertera ucapan sempena 4 perayaan itu.

“Saya hanya seorang warganegara biasa yang bekerja mencari nafkah. Mengapa orang-orang ini perlu ‘hukum’ saya?” katanya.

FMT tidak menamakan pembantu ahli politik itu sehingga mendapat respon.

Lau berkata lelaki itu mungkin akan sekali lagi memaksanya menyediakan papan iklan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Easter.

Lau berkata dia akan cuba membawa isu ini ke perhatian Datuk Seri Shafie Apdal.

Terdapat desas-desus mendedahkan individu itu dikatakan sebagai Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah yang sentiasa kontroversi dan popular dengan surat sokongan projek.

[ARTIKEL BERKAITAN- SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’ ]

Bagaimanapun kita tunggu selepas ini sama ada individu itu Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah atau pembantu politik kepada pemimpin Warisan atau jika ada pihak melaporkan kepada SPRM dan pihak polis.

Netizen berharap maklumat itu didedahkan dan pihak SPRM dapat bertindak segera

2 Comments