(VIDEO) Ahli Parlimen Warisan mengaku lantik adik urus projek Parlimen Kalabakan
02:01 Jan 03, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Ahli Parlimen Warisan mengaku lantik adik urus projek Parlimen Kalabakan

Ahli Parlimen Kalabakan YB Ma’mun Sulaiman dalam satu video ucapannya tular membuat pengakuan melantik adiknya Asdar Sulaiman menguruskan semua projek Parlimen Kalabakan. Adiknya pula seorang kontraktor..

 

Video Ucapan Pengakuan MP Kalabakan lantik adiknya seorang kontraktor urus projek di Parlimen Kalabakan. Mengapa adik? 

KALABAKAN -  Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mum Sulaiman dalam satu video ucapannya tular membuat pengakuan melantik adiknya Asdar Sulaiman menguruskan semua projek Parlimen Kalabakan.

“Kita ada fund projek siapa-siapa boleh memohon, tapi jangan suruh kita bikin BQ lah, kalau ada jambatan, balai raya, yang penting betul-betullah, saya sokong, untung jangan besarlah 25 ke 30 peratus.

“Jangan salah sangka sama saya ya, saya punya adik si Asdar sebab saya suruh si Asdar sebab dia pandai kontrak”. katanya

Ucapan itu dalam satu majlis Ahli Parlimen di Parlimen Kalabakan bulan lalu.

Semakan Sabahkini2 terhadap adik Parlimen Kalabakan memang beliau seorang kontraktor di Tawau dan kini dilantik pegawai Ahli Parlimen Kalabakan. Pelantikan adik sendiri di pejabat Parlimen bagi mengurus projek kawasan pastinya mendatangkan isu 'conflict of interest' di kemudian hari.

Jika ini benar Ahli Parlimen Kalabakan itu jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana menyalahguna kedudukannya sebagai Ahli Parlimen melantik adik kandungnya mengurus projek kawasan bagi kepentingan keluarganya.

SPRM wajar menyiasat jika Ahli Parlimen Kalabakan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan syarikat milik adik atau proksi adiknya menjalankan projek kawasan dan sebagai balasan ahli parlimen menerima suapan berbentuk komisen projek yang diuruskan oleh adik kandungnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kalabakan menyerang Portal Sabahkini2 di Dewan Rakyat menuduh laporan Sabahkini2 memfitnah pemimpin PH dan Warisan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ahli Parlimen Kalabakan ‘serang’ Sabahkini2 dalam Dewan Rakyat ]

 

 

13 Comments