(VIDEO) Mahu skandal 'TheSugarBook' merancakkan 'industri skandal' di Malaysia
13:01 Jan 05, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Mahu skandal 'TheSugarBook' merancakkan 'industri skandal' di Malaysia

Ia hanya sebuah gaya hidup. Trend mempunyai 'sugar babies', 'sugar mummy' atau 'sugar daddy' bukan baru ia wujud dalam pelbagai platform.

 

KUALA LUMPUR: Kemunculan 'TheSugarBook', sebuah laman web temu janji antara lain adalah dengan tujuan memudahkan sesuatu hubungan terjalin dan memperluaskan rantaian sosial seseorang ahlinya.

Platform itu juga dikatakan membenarkan anda menetapkan terma dalam perhubungan termasuk ada kalanya melencong dari tujuan asal penubuhannya seperti meminta dibayar untuk menjadi peneman sosial atau tidur.

Ini kerana ada yang dikatakan sanggup berbelanja ribuan ringgit demi menjadi peneman sosial.

Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi trend mempunyai 'sugar babies', 'sugar mummy' atau 'sugar daddy' dikhabarkan semakin meluas terutamanya dalam kalangan bandar-bandar yang pesat membangun. 

Pastinya ahli politik dan perniagaan di negara ini tidak melepaskan peluang dengan konsep skandal seumpama ini.

Tidak terhad di negara ini sahaja, malah di negara serantau seperti Singapura dan Hong Kong. 

Gaya hidup sedemikian bagaimanapun meletakkan masyarakat terjerumus dalam kancah tidak bermoral dan lari dari nilai-nilai budaya tempatan dan agama. 

Bukan itu sahaja malah gaya lifestyle, swinger atau bertukar isteri juga semakin mendapat tempat di negara ini.

Persoalannya dimanakah lakaran garis moral seseorang itu terutamanya apabila diuji dengan wang ringgit. 

 -by Daddy

Comment