Anak saya positif dadah, isteri saya sayu dan sedih kata Mohamad Sabu
17:01 Jan 05, 2019  |  By SabahKini2
Anak saya positif dadah, isteri saya sayu dan sedih kata Mohamad Sabu

Saiful anaknya terlibat dadah. Mohamad Sabu menyifatkan ia merupakan detik paling sukar dalam hidup keluarganya dan mereka tidak menjangka ia akan berlaku.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya Saiful Islam,31 ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati positif ganja.

Mohamad juga berkata berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap anaknya.

"Saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak atas proses undang-undang sedia ada.

"Anak saya sama seperti anak orang lain juga, tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja]

Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja

Bagaimanapun Saiful Islam kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Mohamad Sabu menyifatkan ia merupakan detik paling sukar dalam hidup keluarganya dan mereka tidak menjangka ia akan berlaku.

"Sebagai ayah, saya juga mahu tahu perkara sebenar," katanya sambil memaklumkan isterinya "sayu dan sedih" selepas mendapat khabar itu.

"...Saya juga menjunjung prinsip semua orang tidak bersalah sehingga dibuktikan salah oleh mahkamah undang-undang...Bagaimanapun jika dia benar-benar buat salah, maka saya akan akur kepada kehendak undang-undang," katanya seperti dipetik.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sebelum ini Mohammad Sabu sendiri dikaitkan dengan Skandal Zaza G-String yang kontroversi dan Setiausaha Politiknya Azhar terlibat dengan rasuah RM800 ribu. Bagaimanapun isu skandal zaza dan Setiausaha Politiknya itu terus senyap.

Netizen juga melihat sebagaimana kes Azhar Setiausaha Politiknya, kes anaknya pasti selesai dan akan terus ditutup.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Gadis Seksi G-String Mat Sabu didedah,Presiden PAN menang bergaya di Kota Raja? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar ambil rasuah RM800 ribu angkat sumpah Setiausaha Politik Mat Sabu ]

(VIDEO) Gadis Seksi G-String Mat Sabu didedah,Presiden PAN menang bergaya di Kota Raja?

 Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor

 

Comment