Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri tidak mahu Adun Pembangkang hadir Majlis Gabungan Gereja daerah Nabawan
16:01 Jan 06, 2019  |  By SabahKini2
Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri tidak mahu Adun Pembangkang hadir Majlis Gabungan Gereja daerah Nabawan

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah tidak mahu wakil rakyat pembangkang hadir program kerajaan sekalipun program perjumpaan pemimpin Gereja atau perayaan agama.

KOTA KINABALU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan yang juga Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah merasa terkilan dengan kehadiran Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan dalam program Majlis Gabungan Gereja-Gereja daerah Nabawan yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick pada Sabtu.

“Semua orang tahu kedudukan Datuk Bobbey Suan dalam landskap politik pada hari ini khususnya di DUN Nabawan,” kata Raymond Ahuar.

Katanya penganjuran yang melibatkan pegawai kerajaan, sepatutnya turut  melibatkan semua pemimpin parti yang terlibat dalam kerajaan seperti Upko, PKR, DAP dan Warisan untuk meneruskan dan merealisasikan konsep kerjasama setiakawan sekiranya Ewon ikhlas dalam perjuangan sebagai menteri penuh dalam kerajaan hari ini.

“Seperti juga di kawasan Kadamaian iaitu kawasan beliau sendiri, Parti Keadilan Rakyat di kawasan tersebut bekerjasama dan menghormati parti Upko dan menjaga sensitiviti setelah Datuk Ewon Benedick memutuskan untuk bekerjasama dengan Warisan dalam pembentukan Kerajaan Sabah,” katanya.

Raymond dalam kenyataan akhbarnya berkata Ewon sepatutnya lebih tahu memandangkan Bobbey adalah salah seorang bekas Adun Upko yang tidak menyertai kerjasama dengan kerajaan Warisan.

“Datuk Ewon Benedick juga sangat tahu bahawa status Datuk Bobbey Suan adalah pembangkang ekoran tidak bersama-sama dengan beliau menyokong kerajaan.

 

Kenyataan Penuh Raymond Ahuar 
5 Januari 2019

DATUK EWON BENEDICK SEHARUSNYA LEBIH BIJAK MENJAGA SENSETIVITI POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN DI DAERAH NABAWAN.

Saya amat terkilan dengan program gereja--gereja yang dilaksanakan di Pekan Nabawan pada hari ini yang dirasmikan oleh Datuk Ewon Benedick dengan menjemput YB Datuk Bobby Suan sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucapan.

Semua orang tahu kedudukan YB Bobby Suan dalam landskap politik pada hari ini khususnya di DUN Nabawan.

Penganjuran yang melibatkan pegawai kerajaan, sepatutnya turut  melibatkan semua pemimpin parti yang terlibat dalam kerajaan seperti UPKO,  PKR, DAP dan Warisan untuk meneruskan dan merealisasikan konsep kerjasama setiakawan sekiranya Datuk Ewon Benedick ikhlas dalam perjuangan sebagai menteri penuh dalam kerajaan hari ini.

Seperti juga di kawasan Kadamaian iaitu kawasan Datuk Ewon sendiri,  Parti Keadilan Rakyat di kawasan tersebut bekerjasama dan menghormati  parti UPKO dan menjaga sensetiviti setelah Datuk Ewon Benedick memutuskan untuk bekerjasama dengan Warisan dalam pembentukan Kerajaan Sabah.

Datuk Ewon Benedick lebih mengetahui bahawa YB Datuk Bobby Suan adalah salah seorang YB UPKO yang tidak menyertai kerjasama dengan Warisan. Datuk Ewon Benedick juga sangat tahu bahawa status  YB Datuk Bobby Suan adalah pembangkang ekoran tidak bersama-sama dengan beliau menyokong kerajaan.

Maka, sepatutnya Datuk Ewon Benedick selaku Naib Presiden UPKO tidak melibatkan pemimpin pembangkang dalam programnya yang turut dihadiri oleh Timbalan SUT dan Pegawai Daerah Nabawan.

Tindakan Datuk Ewon Benedick dan UPKO di Nabawan dalam program ini sangat memperlihatkan tindakan yang langsung tidak menghormati pemimpin-pemimpin parti kerajaan yang lain.  Tindakan ini juga menunjukkan bahawa Datuk Ewon Benedick seolah-olah mempunyai muslihat yang kurang baik dan tidak boleh dipercayai kerana berunsur khianat.

RAYMOND AHUAR
Ketua Cabang Parti Keadilan P182 Pensiangan.
Merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP),
Parti Keadilan Malaysia.

 

6 Comments