CEO PNB Development ‘Orang Kuat UMNO Selangor’ bakal dipecat PH?
23:01 Jan 06, 2019  |  By SabahKini2
CEO PNB Development ‘Orang Kuat UMNO Selangor’ bakal dipecat PH?

Sejak Kerajaan PH berkuasa ramai CEO GLC dipecat atau ditamatkan kontrak. Seorang lagi CEO GLC yang digelar 'Orang Kuat UMNO' bakal dipecat ialah CEO PNB Development Sdn Bhd anak syarikat PNB.

KUALA LUMPUR – Pada Jun 2018 selepas sahaja Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan kerajaan, Majlis Penasihat Kerajaan diketuai oleh Tun Daim didakwa telah menyerahkan surat kepada Kementerian Kewangan bagi tindakan memecat beberapa Ketua Pengarah Eksekutif (CEO)

Bermula dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim melepaskan jawatannya selepas 2 tahun, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KumpulanTelekom Malaysia Bhd Malah, beberapa pengerusi agensi kerajaan bertindak melepaskan jawatan masing-masing setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Ia kemudiannya disusuli  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalannya Datuk Badlisyah Abdul Ghani yang ditamatkan kontrak.

Paling diingati ialah khidmat Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) ditamatkan begitu juga Tan Sri Azman Mokhtar Pengarah Urusan KHAZANAH Nasional dan 9 ahli lembaga pengarahnya yang diarah meletak jawatan. Bagaimanapun Tan Sri Abdul Wahid bertuah dilantik semula Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd Datuk Zakaria Arshad yang pernah kontroversi diarah meletak jawatan September lalu. Begitulah sehingga Felda, Felcra, Risda, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan lain-lain lagi.

Khabarnya seorang lagi CEO GLC kerajaan yang juga ahli UMNO Sepang bakal ditamatkan kontrak iaitu Encik Mohd Salem Bin Kailany CEO PNB Development Sdn Bhd anak syarikat PNB.

Sumber dalaman syarikat itu berkata beberapa pegawai dalaman PNB memprotes agar kerajaan memecat CEO ini.

“Jika Tan Sri Wahid boleh ditamatkan kontrak mengapa tidak CEO PNB Development Sdn Bhd yang jelas menyokong kerajaan terdahulu malah menjadi ahli parti lagi” kata sumber itu.

Ketika BN Berkuasa Salem Kailany sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal dalam pelbagai jawatan.
Kini dalam PH beliau dikatakan berusaha melobi untuk terus dikekalkan

Bagaimanapun menambahkan kemarahan pegawai PNB serta penyokong PH ialah bagaimana Salem Bin Kailany ini sekalipun dispekulasikan bakal ditamatkan tetapi sebaliknya apabila Datuk Nageeb Wahab Pengerusi Felcra melantik pula Salem sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra pada 15 November lalu.

Ini turut membangkitkan kemarahan pendokong PH seperti sudah tiada lagi CEO dan lembaga pengarah baru yang sesuai dilantik.

“Bagaimana Pengerusi Felcra Datuk Naqeeb Wahab pilihan DAP Teresa Kok Menteri Industri Utama melantik Salem Kailany itu”. kata sumber itu.

Bagi UMNO Selangor dan UMNO Sepang yang mengenali Salem Kailany mereka berharap agar Kerajaan PH mengekalkan kedudukan Salem memandangkan jawatan CEO PNB Development Sdn Bhd dan Lembaga Pengarah Felcra tu adalah lantikan profesional.

 

 UMNO Selangor sangat mengenali Salem Kailany.

 

 

2 Comments