‘Air kencing’ anak Menteri Pertahanan 1 hingga 3 bulan
04:01 Jan 08, 2019  |  By SabahKini2
 ‘Air kencing’ anak Menteri Pertahanan 1 hingga 3 bulan

Laporan sampel air kencing anak Mohamad Sabu diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KUALA LUMPUR- Polis sedang menunggu laporan sampel air kencing Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, bagi melengkapkan kertas siasatan kes anak Menteri Pertahanan itu yang ditahan kerana disyaki positif ganja di sebuah pusat hiburan eksklusif di Jalan Ampang baru-baru ini.

[ARTIKEL BERIKAITAN- Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja ]

[ARTIKEL BERIKAITAN- Anak saya positif dadah, isteri saya sayu dan sedih kata Mohamad Sabu ]

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, keputusan laporan itu diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Buat masa sekarang kita sedang menunggu laporan kimia sampel air kencing dari hospital.

“Sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, kita rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan pendakwaan,” katanya

Sumber Info Grafik- Media Sosial

Media melaporkan Ahmad Saiful Islam, 31, dan rakannya, 33, ditahan selepas positif ganja dalam pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam 5 Januari lalu.

Anak lelaki menteri pertahanan merupakan seorang daripada 101 individu termasuk 55 wanita yang diperiksa dalam Op Hiburan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Ketika operasi tersebut, dia dikatakan sedang berhibur dengan beberapa individu lain. Hasil pemeriksaan ke atas kesemua pengunjung, hanya dia dan rakannya yang disyaki positif dadah.

Kedua-dua individu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis

Bagaimanapun, pembebasan mereka menarik perhatian netizen di laman Facebook yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati serta mempersoalkan mengapa kedua-dua individu itu tidak direman sedangkan pihak kesalahan yang sama pihak lain direman.

Mohamad Sabu dan isteri yang bersedih berkata akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung penahanan anak lelakinya dan mahu kes diselesaikan mengikut proses undang-undang.



1 Comment