Kebakaran setinggan Putatan: Bakal diberi rumah dan dokumen baru kata pemimpin Warisan
09:01 Jan 14, 2019  |  By SabahKini2
Kebakaran setinggan Putatan: Bakal diberi rumah dan dokumen baru kata pemimpin Warisan

Sejak Kerajaan Warisan memerintah sudah lebih 13 siri kebakaran berlaku di kawasan setinggan Sabah. Setiap kali kebakaran maka penghuni setinggan dijanjikan rumah dan dokumen baru. Mungkinkan rumah PPR? Tahun lalu penduduk Kg Darau Sepanggar membantah!

PUTATAN: Mesyuarat jawatankuasa bencana daerah akan diadakan hari ini bagi membincangkan dan memutuskan penempatan semula kepada 78 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 55 rumah setinggan Putatan terbakar 315 penghuni hilang tempat tinggal ]

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai berkata jawatankuasa itu akan memutuskan tempoh dan penggunaan pusat penempatan sementara (PPS) yang terletak di Dewan Serbaguna Putatan sebagai lokasi berteduh mangsa kebakaran terlibat.

“Kita akan buat keputusan yang terbaiklah memandangkan keadaan begini dan esok jawatankuasa bencana alam daerah akan bermesyuarat bagi memutuskan berapa lama mereka boleh tinggal di sini.

“Buat masa ini komitmen untuk menggunakan dewan ini tidak ada kecuali khas untuk ini, jadi saya yakin penuh mungkin mereka akan dibenarkan tinggal sini mengikut kesesuaian masa dan keadaan yang difikirkan sesuai,” katanya.

Beliau yang  juga Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas itu berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis lawatan Pembantu-Pembantu Menteri Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Putatan pada Ahad.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama  Arifin berkata Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran kehilangan dokumen pengenalan diri kepada mereka berkelayakan.

“Kita akan pastikan bahawa pengurusan pentadbiran mangsa ini iaitu Jabatan Ketua Menteri (JKM) akan mengenalpasti berapa ramai yang hilang pengenalan diri dan kita akan bantu mereka dan beri kepada yang layak,” katanya

Sejak Kerajaan Warisan memerintah sudah lebih 13 siri kebakaran berlaku di kawasan setinggan. Julai tahun lalu penduduk Kg Darau Sepanggar membantah apabila kerajaan membuat penempatan transit di Kg Darau bagi mangsa kebakaran di Likas. Netizen dan penduduk Kg Darau membantah cadangan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

 

 

17 Comments