Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?
00:01 Jan 26, 2019  |  By SabahKini2
Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Kontroversi Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik Presiden MPS tidak pernah berhenti. Taikun Sarawak ini rupanya masih pemilik lesen ejen ramalan SPORTS TOTO di Sandakan. Beliau sambung lesen untuk diri sendiri?

SANDAKAN: Kontroversi dikaitkan dengan Datuk Peter Hii Chang Lik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan tidak pernah berakhir.

Sebelum ini pelbagai pihak di Sabah mempertikaikan pelantikan Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu kerana dikatakan  bukan orang Sabah tetapi seorang taikun balak dari Sarawak. Atas jasanya member dana kepada Parti Warisan dalam PRU ke 14 beliau dilantik ke jawatan itu.Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

Presiden MPS dilindungi Ketua Menteri? 

[ARTIKEL BERKAITAN - Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS ]

Rakyat Sabah juga dikejutkan apabla tular whatapps dan rakaman video Datuk Hu Chang Lik bertindak kasar, sombong dan meninggi suara kepada ketua-ketua jabatan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah MPS pada 28 Oktober tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat ]

Terbaru rakyat Sandakan mempersoalkan Datuk Hu Chang Lik selaku Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Pegawai badan awam berkuasa di Sandakan tetapi masih mempunyai Lesen Ejen Nombor Ramalan Sports Toto atas nama beliau.

Melalui semakan data perlesenan yang dibuat pada 2018 dan 2019, nama Datuk Hu Chang Lik masih tertera sebagai individu sama memiliki lesen Sports Toto itu iaitu Presiden MPS. Hu Chang Lik selaku pejawat awam tidak pernah meletak jawatan selepas dilantik sebagai Presiden.

Jelas nama Hu Chang Lik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan

Menjadi satu persoalan besar kerana kedudukan serta jawatan beliau yang jelas mempunyai kepentingan besar terhadap lesen ejen nombor ramalan itu.

Seorang daripada Ahli Majlis Perbandaran Sandakan mendedahkan mengenai sikap ‘double standard’ Presiden Majlis Perbandaran Sandakan itu.

“2 November lalu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Pengerusi DAP Sabah mengingatkan Anggota Majlis Perbandaran Sandakan mengelak mentaliti mengejar projek dan jawatan tetapi hakikatnya YDP MPS sendiri memiliki lesen perniagaan Sports Toto”. kata sumber itu.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana Presiden  MPS mahu menangani isu-isu lesen perjudian haram di Sandakan jika YDP MPS sendiri mempunyai lesen ejen nombor ramalan terbesar di Sandakan.

“Hu Chang Lik tidak boleh menggunakan alasan menangani cabaran ekonomi yang merosot di Daerah Sandakan dengan mengekalkan diri sebagai pemilik premis Sport Toto di Sandakan”. kata Rahim seorang pemilik facebook.

Dato’ Seri Shafie Apdal perlu membetulkan semula perkara ini. “Kepimpinan Melalui Teladan”. Jangan kerana hanya isu mahu membalas budi maka isu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sandakan yang memiliki lesen ejen nombor ramalan dibiarkan begitu sahaja.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sewajarnya menyiasat perkara ini jika Hu Chang Lik selaku Presiden  MPS meluluskan penyambungan lesen Sports Toto yang jelas beliau memiliki kepentingan terhadap perniagaan ini.

Pihak Polis juga wajar menyiasat kerana kelulusan kepada lesen perjudian adalah melalui pihak PDRM sebelum lesen itu diberi kepada individu berkaitan. Bagaimana Presiden  MPS selaku penjawat awam memberi kelulusan lesen kepada dirinya sendiri?

Jika Hu Chang Lik boleh bertegas kepada rakyat Sandakan untuk tidak mahu menerima rayuan sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Daerah Sandakan dengan menghalau penghuni atau penyewa atas dasar peraturan maka rakyat Sandakan juga perlu tahu mengapa Presiden Majlis Perbandaran Sandakan masih memiliki lesen ejen ramalan nombor Sports Toto sebuah lesen perjudian. - Sabahkini2

 

 Kalau hal rakyat dia maki dan dia halau...tapi kalau Presiden MPS sendiri ada lesen Judi

 

 

 

 

 

 

19 Comments