Hajiji tidak terkejut Musbah lompat Warisan demi kepentingan peribadi
00:01 Jan 27, 2019  |  By SabahKini2
Hajiji tidak terkejut Musbah lompat Warisan demi kepentingan peribadi

Keputusan Musbah menyertai Warisan adalah bertentangan dengan persetujuan bersama yang telah dicapai diantara mantan Wakil-Wakil Rakyat Umno ketika bersama-sama mengisytiharkan keluar dari Umno.

KOTA KINABALU: Mantan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

[ARTIKEL BERKAITAN- Seperti dijangka ADUN Tempasuk masuk WARISAN ]

Katanya tindakan Musbah lebih kepada kepentingan peribadinya.

“Keputusan Musbah menyertai Warisan adalah bertentangan dengan persetujuan bersama yang telah dicapai diantara mantan Wakil-Wakil Rakyat Umno ketika bersama-sama mengisytiharkan keluar dari Umno.

“Tindakan Musbah juga jelas bahawa dia seorang yang tidak ada prinsip dan pendirian”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Musbah tumbang selepas dirunding oleh pasukan Warisan- Janji wang dan pangkat

Musbah yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud merupakan antara 9 Adun Umno Sabah yang telah sebulat suara bersama-sama meninggalkan parti itu pada awal Disember 2018.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman berkata walaupun tindakan Musbah itu adalah hak demokrasi beliau, namun ia tidak disukai oleh sebilangan rakyat.

“Saya yakin, rakyat akan menolak dan menghukum pemimpin demikian dalam Pilihan Raya akan datang,” katanya.

Beliau juga amat yakin Musbah akan menyesal dengan tindakannya kerana ianya tidak selari dengan aspirasi pengundi dan rakyat yang telah mengundi beliau.

Selain itu, Hajiji juga yakin dapat mengambil balik kawasan-kawasan yang dimenangi oleh mereka (mantan Wakil Rakyat Barisan National (BN)) yang telah lebih awal menyertai Warisan dan juga parti lain.

Semalam Musbah dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan untuk menyertai Warisan berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tepat sebagai sebuah parti tempatan Sabah yang diyakini mampu membawa keberkesanan dan kebaikan kepada rakyat khususnya di Tempasuk - ST

8 Comments