Mangsa banjir di Kota Marudu meningkat kepada 1,425 orang
03:01 Jan 27, 2019  |  By SabahKini2
Mangsa banjir di Kota Marudu meningkat kepada 1,425 orang

Kota Marudu Banjir..

KOTA KINABALU- Hujan berterusan sejak petang semalam sehingga petang ini menyebabkan mangsa meningkat kepada 1,425 orang daripada 510 keluarga, dan kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 11 PPS di Dewan Kampung Longob, Sekolah Kebangsaan Taritipan, Dewan Mosolog, Sekolah Menengah Agama Goshen.

Dewan Morion, Dewan FTC Dama 1, Dewan Asin-Asin, Dewan SMK Tandek, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan Batition dan Dewan St Theresa.

 

Comment