Petronas,Uzma,Syed Ali nafi tapi tunggu 'dokumen rahsia' kedua didedahkan
22:01 Jan 30, 2019  |  By SabahKini2
Petronas,Uzma,Syed Ali nafi tapi tunggu 'dokumen rahsia' kedua didedahkan

Petronas, Uzma dan Syed Ali Alhabsee telah membuat penafian.Tapi tunggu.pasti menarik untuk pusingan kedua 'dokumen rahsia' projek mereka didedahkan.kepada rakyat

KUALA LUMPUR: PETRONAS menafikan sekeras-kerasnya pendedahan portal Sabahkini2 dan berkata ia adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Merujuk kepada tuduhan berniat jahat yang terkandung dalam satu tulisan laman dalam talian yang tidak disahkan, PETRONAS mahu menegaskan sekeras-kerasnya bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan tidak berasas.

“PETRONAS mengekalkan standard tadbir urus dan ketelusan yang tertinggi dalam semua urusan perniagaan dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang terus memburukkan reputasi dan perniagaan syarikat atau kakitangannya.

“PETRONAS telah memfailkan laporan dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung hantaran berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

PETRONAS tidak memperincikan di dalam kenyataan itu bentuk tuduhan yang dimaksudkan namun ia merujuk kepada maklum balas portal Sabahkini2.com, bertajuk ‘Skandal PETRONAS: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Bhd’ yang dikeluarkan kelmarin.

[ARTIKEL BERKAITAN -Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad? ]

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Uzma Berhad, pembekal perkhidmatan sokongan minyak dan gas turut menafikan dakwaan berkenaan.

“Merujuk laporan yang diterbitkan oleh laman web tidak disahkan pada 29 Januari 2019 itu, Uzma secara tegasnya menyangkal tuduhan palsu yang dibuat ke atas syarikat, eksekutif dan pelanggan utama kami.

“Kami komited melaksanakan amalan perniagaan yang beretika dan tadbir urus korporat yang baik untuk menjadi contoh kepada warga korporat dalam industri minyak dan gas. Uzma telah memfailkan laporan berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Turut panik ialah Bekas ketua Umno Bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee yang menafikan Uzma Bhd menerima layanan istimewa daripada Petronas sepanjang beliau menjadi Pengerusi UZMA dan memaklumkan telah meletak jawatan pada Julai 2018. 

"Uzma mengambil bahagian dalam proses tender dan tidak mendapat kelebihan (daripada Petronas).

"Saya difahamkan Uzma telah membuat laporan terhadap pihak berkuasa terbabit (berhubung dakwaan itu)," katanya seperti dilaporkan dalam Malaysiakini.

Semakan Portal Sabahkini2 dalam laman web UZMA, syarikat itu telah mengemaskinikan semula  laman web mereka dengan meletakkan Datuk Abdullah Karim sebagai Pengerusi syarikat yang baru.


7 Bulan selepas letak jawatan hanya pada 30 Januari 2019 baru dipinda. Ini cara syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia?

 

Memandangkan Petronas dan Uzma Berhad telah membuat penafian pihak Sabahkini2 akan mendedahkan kemudian surat kelulusan rundingan terus, butiran kontrak dan beberapa dokumen rahsia syarikat yang jelas mengaitkan Petronas memberi peluang istimewa kepada Uzma Berhad sekalipun syarikat itu gagal melaksanakan kontrak Petronas mereka tetap diberi lagi projek lain. 

5 Comments