Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan
01:01 Jan 31, 2019  |  By SabahKini2
Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan

Apa yang dilaporkan Zuraida Kamaruddin & Noor Azman Azemi (Pemandu) pada 18 April 2012 dengan mendedahkan penyata bank peribadi kini disahkan benar oleh mahkamah. Wang haram itu wujud!

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan bekas pemandu pelakon Zahida Rafik memulangkan RM200,000 yang dicuri daripada wanita itu, 7 tahun lalu.

Dalam menyampaikan keputusan sebulat suara, hakim Tan Sri Azahar Mohamed berkata Zahida membuktikan tuntutan balasnya terhadap Noor Azman Azemi.

Azahar berkata Noor Azman, dalam rayuannya, mengadu berlaku kesilapan mahkamah apabila Mahkamah Rayuan memintanya membuktikan asas tuduhannya terhadap Zahida.

“Kami melalui penghakiman mahkamah rendah dan rekod rayuan bagi perbicaraan, dan kami tidak menemui sebarang kesilapan mahkamah,” katanya ketika menolak rayuan Noor Azman terhadap perintah supaya membayar wang itu kepada Zahida.

Bagaimanapun, mahkamah juga memutuskan Zahida gagal mewajarkan tindakannya untuk mendedahkan laporan polisnya terhadap Azman kepada media.

“Dalam keterangannya, dia tidak menjelaskan mengapa perlu mendedahkan kandungan laporan itu di sidang medianya. Pembelaan keistimewaan mutlak (absolute privilege) tidak boleh diberikan kepadanya,” kata Azahar.

Panel hakim tidak membuat arahan untuk kos selepas peguam Noor Azman, Datuk Seri Gopal Sri Ram, memberitahu mahkamah anak guamnya tidak mempunyai ekonomi yang kukuh untuk membayar jumlah yang tinggi.

Zahida tidak hadir di mahkamah sementara Noor Azman meninggalkan mahkamah sejurus keputusan diumumkan.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Zahida, Muhammad Shafee Abdullah berkata Zahida mewajarkan keputusan itu.

“Ia mengesahkan hakikat bahawa wangnya dicuri oleh pemandu, dan dia wajar dalam membuat tuntutan itu.”

Beliau menambah Noor Azman kini terpaksa mengembalikan RM200,000 dengan faedah 4% dari 2013, apabila Zahida memfailkan tuntutan balas itu.

Pada 2015, Mahkamah Tinggi mengarahkan Zahida membayar RM150,000 kerana memfitnah Noor Azman serta kos RM40,000.

Bagaimanapun, beliau memenangi rayuannya terhadap keputusan itu pada 2017, apabila Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan balasnya yang memaksa Noor Azman memulangkan RM200,000 tersebut.

Noor Azman memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 2017.

Keputusan mahkamah kes Zahida Rafik ini mendedahkan kebenaran tentang wang haram yang dimilikinya sebelum ini sebagaimana dilaporkan oleh Zuraida Kamaruddin yang kini adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Kes saman menyaman ini akhirnya hanya mendedahkan kebenaran skandal Shafie dan Zahida. Sejak didedah malah hingga hari ini Shafie Apdal tidak pernah menyaman Zuraida Kamaruddin. Kenyataan media cetak serta video di luar Dewan Parlimen jelas Zuraida dan Tian Chua menyebut Shafie Apdal. 

[ ARTIKEL BERKAITAN- Baca Mengapa Shafie Apdal Kayakan Zahida Rafik Berbanding Rakyat Sabah? Kini Terjawab PRU-14 ]

Dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini adalah benar kini

Dilaporkan wang ini telah dibeku LHDN persoalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik? Menurut Zuraida dan Azemi pemandu Zuraida 

Transaksi itu ialah pada ;

Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000

November 2011- RM118,000

Disember - RM333,000

Januari 2012 - RM510,000


Malah kes wang haram Zahida turut dilaporkan kepada SPRM.

 

Selain Zahida mempunyai kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta di alamat 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur yang diberi oleh Shafie Apdal.

Dikataka Dato' Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan Zahida Rafik. Namun sehingga kini Shafie tidak pernah mengumumkannya. Sejak dari dahulu Datin Shuryani binti Shuaib isteri pertama Shafie Apdal amat tidak senang dengan hubungan suaminya dengan Zahida Rafik.

ARTIKEL LAIN MENGENAI ZAHIDA RAFIK SILA BACA..

RM1.5 juta akaun Zahida- Shafie dibeku: Bekas pemandu dapat rayu saman di mahkamah

Zahida Rafik mengamuk dana dari Shafie Apdal dibeku LHDN!Turut terkena Wilfred Yong dan Albert Chan

(VIDEO) Skandal Seks Terpendam: Akhirnya Shafie Apdal dan Zahida dedah Pernikahan!

 

4 Comments