Jual maklumat : Pengerusi The Edge tunai janji beri Justo RM8.2 juta
14:02 Feb 01, 2019  |  By SabahKini2
Jual maklumat : Pengerusi The Edge tunai janji beri Justo RM8.2 juta

Akhirnya di bawah kerajaan Malaysia Baharu Tong Kooi Ong Pengerusi The Edge beri RM8.2 juta (AS$2 juta) kepada Xavier Andre Justo

KUALA LUMPUR: Pengerusi The Edge Media Group, Tong Kooi Ong menghadiahkan RM8.2 juta (AS$2 juta) kepada pemberi maklumat, Xavier Andre Justo atas “sumbangannya kepada Malaysia” dengan menjual maklumat.

Menurut laporan The Edge, Tong menyampaikan sumbangan tersebut kepada Justo, isteri dan anak lelakinya, di pejabat The Edge Media Group di Petaling Jaya hari ini.

“Hadiah kepada Justo ini adalah untuk menghargai sumbangan beliau kepada Malaysia mendedahkan kleptokrasi kerajaan lama.

“Tanpa beliau, salah laku melibatkan 1MDB, seperti yang The Edge dedahkan, tidak akan diketahui,” Tong dipetik sebagai berkata.

Justo adalah pekerja PetroSaudi International yang memberi maklumat kepada The Edge dan Sarawak Report mengenai penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDB melalui usahasama antara syarikat pelaburan negara itu dengan bekas majikannya pada 2009 dan 2011. 

Pada Jun 2015, Justo ditahan di Bangkok, Thailand atas tuduhan memeras ugut dan dipenjarakan selama 18 bulan. 

Sebelum ini Justo memang dijanjikan USD2 juta untuk memberikan maklumat termasuk tawaran Nurul Izzah memberika bayaran dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya berkuasa.

Comment