Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan
06:02 Feb 02, 2019  |  By SabahKini2
Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan

"Troll Bodoh' Menteri selain kontroversi di pejabat Menteri Pendidikan sentiasa merancakkan isu dalam negara. Ada masalah dalam diri Dr Maszlee yang kini bawah telunjuk IKRAM. Selepas buang Penasihat kini buang Setiausaha Politiknya..

KUALA LUMPUR: Mohd Nizam Murad setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut sumber kementerian itu.

Mohd Nizam adalah antara 23 pegawai yang dilantik ke jawatan tersebut pada 5 September 2018 dihadapan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Depan sekali dari kiri- Nizam dan Azhar (SUPOL Mat Sabu) menandatangani ikrar angkat sumpah Setiausaha Politik 5 November 2018

Sebagaimana Wan Saiful Wan Jan meletak jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan 5 November lalu peletakan Nizam sebagai Setiausaha Politik Menteri turut dikaitkan dengan perbezaan pendapat dengan Dr Maszlee.

"Nizam Murad tidak dapat bekerjasama dengan Dr Maszlee kerana sikap menteri itu sebelum ini yang semua pihak di Kementerian Pendidikan amat maklum. Beliau lebih mendengar suara NGO IKRAM berbanding Setiausaha Politikya.”. Kata sumber kementerian itu.

Beliau juga sebelum ini kontroversi kerana dlilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) susulan dakwaan beliau pernah memperolehi kontrak di universiti itu sebelum ini. 



Disember lalu beliau turut dikaitkan dengan kontroversi surat sokongan Setiausaha Politik TPM bertarikh 5 Disember 2018 ditujukan kepada setiausaha politik menteri pendidikan yang tular dituduh sebagai penyalahgunaan kuasa menyokong syarikat diberi kontrak bekalan bermasak di sekolah.

[ARTIKEL BERKAITAN - SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’ ]

Sumber dalaman Kementerian Pendidikan mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut masuk ke Kementerian Pendidikan antara lain yang menyebabkan Dr Mazlee meminta Setiausaha Politiknya meletak jawatan.

Sebelum ini netizen dikejutkan dengan dakwaan Wan Saiful Dr Maszlee sebagai ‘Menteri Biadap’ tidak mahu mengadap Sultan Kedah dalam satu lawatan yang telah disusun oleh Wan Saiful ketika sebagai Penasihat Menteri.

Sikap Menteri Pendidikan yang kontroversi melalui ‘troll bodoh’ oleh warganet dianggap adalah punca peletakkan jawatan pegawai-pegawai kanan Menteri Pendidikan.

Turut menyerang Dr Maszlee secara terbuka ialah Kadir Jasin Penasihat Media YAB Perdana Menteri susulan lantikan Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setakat hingga hari ini belum ada kenyataan media berhubung peletakkan jawatan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan ini. Mungkin KPM mahu melindunginya dari pengetahuan rakyat Malaysia.

 Walaupun Wan Saiful meletak jawatan Penasihat Khas Menteri Pendidikan dan kekal Pengerusi PTPTN namun mereka masih bergeser antara satu sama lain berhubung keputusan pelaksanaan PTPTN. Menteri menggunakan kuasanya untuk menafikan keputusan Pengerusi PTPTN

6 Comments