Kerajaan Negeri dan SPRM perlu siasat salahguna kuasa Presiden MPS
19:02 Feb 05, 2019  |  By SabahKini2
Kerajaan Negeri dan SPRM perlu siasat salahguna kuasa Presiden MPS

Sebagai penjawat awam beliau Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik tidak boleh terlibat langsung dengan perniagaan apa lagi menandatangani lesen perniagaan yang beliau ada kepentingan

SANDAKAN: Pengerusi UMNO Sabah, Dato' Sri Bung Moktar Radin meminta kerajaan negeri menyiasat dan mengambil tindakan  terhadap  tidak tanduk Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Hu Chang [email protected] Chang Lik yang dilihat melanggar peraturan.

Katanya, wujud satu kes pengeluaran lesen perniagaan Ejen Ramalan Nombor Sports Toto yang dikeluarkan atas nama Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik di mana penama juga merupakan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

"Sebagai penjawat awam beliau Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik tidak boleh terlibat langsung dengan perniagaan apa lagi menandatangani lesen perniagaan yang beliau ada kepentingan " katanya ketika mengulas isu penyalahgunaan kuasa Presiden MPS yang tular di media sosial.  

Portal Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan penama ejen nombor ramalan Sports Toto Sandakan itu memang milik Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik Presiden MPS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan? ]

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Jelas tertera nama Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik Presiden MPS. Beliau meluluskan premis lesen itu jika tamat?

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan meminta Ketua Menteri Dato’ Seri Mohd Shafiee Apdal dan Menteri Kerajaan Tempatan  dan Perumahan  Datuk Dr.Jaujan Haji Sambokong meneliti isu ini agar tidak menjejaskan imej kerajaan negeri.

"Kita tidak mahu integriti penjawat awam dan imej kerajaan negeri tercelar hanya perubatan seorang individu sebagai penjawat awam yang diberikan amanah oleh kerajaan untuk menjaga dan mentadbir salah satu jabatan dan agensi kerajaan tapi menyalahgunakan kuasa " katanya

Menurut Bung beberapa salah guna kuasa juga turut dilakukan oleh Presiden Majlis Perbandaran antaranya perlantikan pegawai pegawai baharu yang tidak mendapat kelulusan dari Kementerian.

"Setahu saya perlantikan pegawai pegawai baharu MPS Perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari kementerian baru boleh dilantik" jelas Bung

Dalam hal ini menurut Bung jelas Presiden MPS telah menyalahgunakan kuasanya.

Selain itu tambah Bung beliau juga menerima aduan dari pekerja pekerja  MPS dan ketua- ketua jabatan di daerah Sandakan atas sikap biadab dan tidak mesra kepada pegawai prgawai kerajaan termasuklah memanggil kakitangan MPS sebagai monyet selain tidak menghormati ketua-ketua jabatan kerajaan di Sandakan

"Timbul isu semasa beliau mempengerusikan mesyuarat  sikap kasar dan biadap terhadap ketua-ketua  jabatan yang lain bertindak secara tidak profesional semasa mempengerusikan  mesyuarat  dengan memarahi ketua ketua jabatan yang gagal melaksanakan arahannya sedangkan mereka (Ketua Jabatan ) juga terikat dengan peraturan  kelulusan dan peruntukan yang diluluskan  oleh kementerian atau ibu pejabat jabatan masing masing.

" Dengan sikap biadap inilah menyebabkan ada ketua jabatan memprotes dan meninggalkan bilik mesyuarat.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat ]


Video bukti- Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik seorang panas baran mengherdik penjawat awam

Menurut Bung inilah masalah yang dihadapi bila melantik seseorang untuk jawatan perkhidmatan awam yang tidak tahu peraturan dan perintah am sebagai pentadbir awam.

"Saya yakin Ketua Menteri meletakkan beliau sebagai Presiden MPS bagi membantu kerajaan membawa perubahan ke arah Sabah Baru" bagi memberikan perkhidmatan  yang lebih efisien dan mesra rakyat khususnya rakyat di daerah Sandakan namun jika begini sikap beliau ianya akan merosakkan imej kerajaan dan kepimpinan negeri" jelas Bung.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengetahui perkara ini dan bakal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang tular mengenai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan itu.

 

3 Comments