MT PPBM akan putuskan lebar sayap ke Sabah
14:02 Feb 09, 2019  |  By SabahKini2
MT PPBM akan putuskan lebar sayap ke Sabah

Menurut Dr Mahathir yang juga perdana menteri, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah, kata Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir yang juga perdana menteri, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

"Kita buat keputusan dalam mesyuarat. Kita adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dulu sebelum membuat apa-apa keputusan melebarkan sayap ke Sabah," katanya kepada pemberita

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman, Hajiji Noor bahawa Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Hajiji yakin PPBM masuk Sabah, Shafie berharap tidak ]

Susulan itu, Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata perkara tersebut diharapkan tidak berlaku memandangkan Warisan dan Bersatu sudah mencapai kesepakatan tentang hal berkenaan.

 

 

8 Comments