Lantik firma audit luar secara ‘Rundingan Terus’ Pengerusi Felcra dipanggil SPRM
00:02 Feb 12, 2019  |  By SabahKini2
Lantik firma audit luar secara ‘Rundingan Terus’ Pengerusi Felcra dipanggil SPRM

Firma audit luar yang dilantik dengan kerjasama audit Felcra telah diberi kontrak secara ‘Rundingan Terus’ yang diputuskan oleh Pengerusi Felcra

PETALING JAYA: Pengerusi Felcra Berhad Datuk Nageeb Wahab akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rabu ini bagi siasatan pelantikan sebuah firma audit luar yang dilantik oleh Pengerusi Felcra Berhad tanpa mematuhi prosedur kewanngan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Februari lalu Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat penemuan dalam audit pengurusan.

Firma audit luar yang dilantik dengan kerjasama audit Felcra telah diberi kontrak secara ‘Rundingan Terus’ yang dibuat oleh Pengerusi Felcra tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felcra.

Sekalipun terdapat penemuan baru dalam audit dalaman Felcra namun ia tidak memberi kuasa mutlak kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad melantik audit luar secara rundingan terus tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah dan menteri berkaitan.

“Sebelum ini, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Nageeb Wahab ketika berucap di hari pertama beliau memegang tanggungjawab, telah mengarahkan supaya audit pengurusan ke atas pengurusan Felcra dibuat secara menyeluruh,” kata kenyataan itu.

Menurut sumber SPRM mengesahkan akan memanggil Datuk Nageeb memberi keterangan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,

Siasatan SPRM menjurus kepada satu laporan dibuat oleh individu dalam Felcra yang tidak berpuas hati dengan pelantikan firma audit luar itu yang ada kaitan dengan Pengerusi Felcra yang baru.

Datuk Nageeb yang dikaitkan dengan Menteri DAP Teresa Kok sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila melantik Datuk Maznah Abdul Jalil adik ipar Azizah Abod (Sona Petroleum Bhd) dan Mohd Salem Kailany (CEO PNB Development Sdn Bhd) yang dikaitkan dengan UMNO Sepang

 

 

1 Comment