Syed Saddiq dakwa leher ‘dicekak’ Papagomo tapi lihat video ini. Menakjubkan!
01:02 Feb 17, 2019  |  By SabahKini2
 Syed Saddiq dakwa leher ‘dicekak’ Papagomo tapi lihat video ini. Menakjubkan!

Syed Sadiq sengaja lalu di kawasan yang salah? Pegawai Syed Saddiq membuat provokasi? Syed Saddiq lapor papagomo mencekak lehernya.. Namun bukti video menunjukkan yang sebenarnya. Apa motif Syed Saddiq?

 

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mendakwa lehernya dicekak oleh blogger kontroversi Papagomo dan beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak mengetahui punca blogger berkenaan bertindak sedemikan dalam kejadian yang berlaku di pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang, hari ini.

“Saya tidak tahu apa niat Papagomo yang tiba-tiba mencekak bahagian belakang leher saya dengan kuat ketika saya bersama 3 lagi rakan hendak meninggalkan pusat penamaan calon PRK Semenyih,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis pada 2 petang semalam.

Syed Saddiq mendakwa Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris turut meminta beliau meninggalkan pusat penamaan calon berkenaan.

“Dia (Papagomo) cuba ugut saya supaya jangan cari pasal dan berpesan agar tidak datang ke sana lagi (pusat penamaan calon PRK Semenyih).

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terus jalan ke depan dibantu beberapa anggota polis manakala Unit Amal PAS menarik Papagomo dan meleraikan kumpulan pembangkang berkenaan,” katanya.

Rekod video menunjukkan dalam kekalutan Papagomo datang kepada Syed Saddiq lebih kepada meleraikan kekusutan dan bertindak menyelamatkan Syed Saddiq dari dikasari memandangkan beliau berada di kawasan salah selain provokasi dibuat oleh pengiringnya yang mengundang kemarahan awam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Syed Saddiq.

“Pihak saya terima laporan kes berkenaan pada 2.30 petang dan kes berkenaan akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

6 Comments