Isu Selatan Filipina Shafie temui kedutaan Filipina dalam masa terdekat
05:02 Feb 19, 2019  |  By SabahKini2
Isu Selatan Filipina Shafie temui kedutaan Filipina dalam masa terdekat

Isu keselamatan Sabah tidak membimbanglan memandangkan ia bukan pertama kali berlaku.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak akan memandang ringan sebarang isu yang berlaku di selatan Filipina khususnya membabitkan kawalan keselamatan di sempadan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama rapat antara kerajaan negeri dengan semua pasukan keselamatan terus ditingkatkan dan diurus sebaiknya.

Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya mendatangkan kebimbangan kepada rakyat Sabah memandangkan ia bukan pertama kali berlaku.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ada elemen yang mungkin boleh mengancam garisan sempadan Sabah tanpa disedari.

"Saya agak yakin kita bukan hanya dapat pastikan tiada mangsa yang terlibat berbanding kejadian sebelum ini, malah aspek keselamatan terus diutamakan.

"Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan Filipina dalam masa terdekat bagi membangkitkan beberapa isu yang kita beri perhatian utama," katanya.

Shafie berkata demikian kepada media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, di sini pada Isnin.

Comment