(VIDEO) Lelaki india samun dan pukul wanita dalam lift MRT ditangkap
14:02 Feb 19, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Lelaki india samun dan pukul wanita dalam lift MRT ditangkap

Thinathayaalan A/L Gunasegan yang melakukan samun terhadap wanita di lift MRT akhirnya ditangkap. Videonya yang viral memudahkan tangkapan terhadap lelaki itu.

Video rakaman suspek melakukan samun dan mencederakan wanita dalam lif MRT

PETALING JAYA: Seorang lelaki berbangsa india yang melakukan kes samun serta memukul seorang wanita dalam lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mengesahkan lelaki itu ditahan di Taman Cheras dan identitinya juga sudah dikenalpasti.

“Suspek berusia 26 tahun dan hasil siasatan mendapati dia turut merompak satu kedai serbaneka berdekatan lokasi kejadian sebelum menyamun mangsa di dalam lif,” katanya

Pada Khamis lalu, tular di media sosial klip video berdurasi kurang seminit menunjukkan seorang wanita dipukul berkali-kali dalam lif sebelum disamun.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mengalami kecederaan dengan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

12 Comments