Skandal Uzma-Petronas:Siti Hawa Head Procurement (PDT) bakal ’dikambing hitamkan’?
21:02 Feb 21, 2019  |  By SabahKini2
Skandal Uzma-Petronas:Siti Hawa Head Procurement  (PDT) bakal ’dikambing hitamkan’?

Sekalipun nama-nama pegawai yang terlibat dalam skandal Uzma-Petronas itu didedahkan, sumber dalaman Petronas hanya menyatakan satu jawatakuasa dalaman siasatan dibuat dalam skandal itu.Mereka mahu menyalahkan Siti Hawa...

Sekalipun Petronas dilanda ‘skandal’ rasuah bersama syarikat vendor Uzma Berhad ia tidak menghalang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin disenaraikan sebagai 100 Penjaga Jenama terbaik global untuk 2019 oleh firma penilaian jenama global, Brand Finance.

Beliau dan warga Petronas mesti sangat berbangga kononnya beliau termasuk senarai yang turut disertai oleh Pengasas dan CEO Amazon.com, Jeff Bezos; CEO Google, Sundar Pichai dan Ben Van Beurden dari Shell.

Wan Zulkiflee dilaporkan menduduki tangga ke-95, meraih pengiktirafan berikutan kepimpinannya, pengurusan berhemat dan rekod cemerlang dalam memacu syarikat minyak dan gas negara serta industri ke hadapan dengan melalui tempoh yang paling mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Selepas dicalar pemberitaan CEO ini mungkin dilihat membersihkan nama baik Syarikat Petronas.

Tapi sayang sekali mahu memecat syarikat menteenya Uzma Berhad yang terbukti gagal dalam projek Provision of Hydaulic Work Unit “ Ghazi 461” untuk Petronas Carigali Sdn Bhd pun beliau tidak mampu. Maklumlah ada hubungan istimewa sangat mendalam.

Sehingga ke hari ini Uzma dan Petronas hanya berani menafi namun tidak berani mengesahkan kebenaran surat rayuan Uzma kepada Petronas sebagai benar dan wujud. Malah Uzma Berhad tidak berani pun mengumumkan kegagalan Projek ‘Ghazi 461’ itu. Kita masih menunggu pengumuman rasmi berdasarkan kandungan surat yang tular itu. Setakat ini tidak ada pengumuman sedemikian dalam Bursa Malaysia.

Uzma hanya berbangga ketika mengumumkan mendapat kontrak. Namun menikus ketika gagal melaksana projek Ghazi 461. 


Jawatankuasa siasatan dalaman Petronas

Sekalipun nama-nama pegawai yang terlibat dalam skandal Uzma-Petronas itu didedahkan, sumber dalaman Petronas hanya menyatakan satu jawatakuasa dalaman siasatan dibuat dalam skandal itu.

[ARTIKEL BERKAITAN -

Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad?

Dua pegawai Petronas bakal ditahan SPRM kerana skandal rasuah UZMA Berhad? ]

Mengheret bahagian Procuremet Petronas diketuai oleh Samsudin Miskon, En.Noor Mohamad Taj Mohammad (Senior General Manager Procurement), Siti Hawa Haji Ahmad (Head Procurement Upstream &International) dan  Mazuin Ismail, Senior Vice President (SVP) Project Delivery namun yang menjadi mangsa seorang ialah Siti Hawa Haji Ahmad (Head Procurement Upstream &International).

 

Cara nak selamat 'kambing hitamkan' Siti Hawa Hj Ahmad....

Apakah Siti Hawa Haji Ahmad sanggup berseorangan menjadi mangsa ‘Kambing Hitam’ skandal Uzma-Petronas ini? Atau Siti Hawa akan membuka mulut membawa sekali ketua-ketua yang terlibat menerima rasuah dari CEO UZMA Dato' Kamarul Redzuan.

Ya bahagian Procurement kecoh dan berantakan sekarang.  Namun sekali lagi beranikah bahagian Procurement Petronas menamatkan projek UZMA setelah bertahun-tahun menerima rasuah dari Kamarul serta tahu hubungan akrab Datin Rozita dengan Presiden Petronas itu?

Mari kita lihat sejauh mana Siti Hawa Haji Ahmad, Head Procurement Upstream &International Petronas ini maju ke depan dan mampu menyelamatkan diri dari siasatan tanpa mengheret bos-bosnya. Atau Bos-bosnya hanya akan menutup kes ini.

Ya SPRM sangat berhat-hati menangani siasatan kes ini seperi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’. Jika Petronas dan Uzma Berhad berdiam diri masanya akan tiba nanti kita buka satu lagi. 

Pasti menarik jika kita buka pula cerita Syarikat Pioneer Pengasus Sdn Bhd. Siapa di belakang syarikat ini....

6 Comments