Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah
06:02 Feb 22, 2019  |  By SabahKini2
Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah

Akhirnya persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Filipina. Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan Warisan pula akan bantu beri dokumen kepada warga Filipina..Apa nasib rakyat Sabah?

KOTA KINABALU- Kerajaan Filipina akan meneruskan tuntutan terhadap Sabah walaupun tidak dilakukan secara aktif.

”Pada masa ini, kedutaan bekerjasama rapat dengan Sabah untuk menangani isu yang membabitkan kedua-dua negara.

”Biarpun tuntutan terhadap Sabah belum digugurkan tetapi, tuntutan itu tidak dilakukan secara aktif,” katanya Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose.

Kerjasama erat Filipina dalam menangani beberapa isu bersama dengan Malaysia, terutama yang berkaitan dengan jumlah warga negara itu yang tidak memiliki sebarang dokumen yang tinggal di Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia Charles C. Jose berkata pihaknya masih tetap bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dalam menangani perkara itu.

Merujuk kepada permohonan oleh pihak Malaysia supaya Filipina menubuhkan pejabat konsulat di Sabah, Jose berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu adalah di luar daripada bidang kuasanya.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan di Manila, dan pihak kedutaan akan melaksanakan apa jua keputusan yang dicapai oleh pihak berkuasa Filipina

Jose seterusnya menyentuh kepada penyelesaian isu yang berkaitan dengan cadangan penubuhan Bangsamoro Autonomous Region di Muslim Mindanao (BARMM), yang menurutnya akan menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan di Selatan Filipina, dengan kesan sampingannya juga akan mengurangkan ancaman terhadap pantai timur Filipina.

“Sulu adalah salah satu kawasan yang mengundi untuk menjadi sebahagian daripada BARMM, tapi ia tidak akan memberi kesan kepada wilayah berkenaan ketika ini.

“Kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Jolo, Sulu, menampilkan ancaman terbesar kepada kami – tapi sebenarnya kami berharap BARMM akan membawa keamanan serta pembangunan, dan sekiranya kawasan itu menjadi aman sejahtera, ia akan membanteras pelbagai ancaman serta aktiviti jenayah seperti penculikan,” katanya.

Sementara itu baru-baru ini beberapa pihak yang mendakwa Kedutaan Filipina mengadakan program penyediaan dokumen seperti passport di beberapa daerah di Sabah.Ia termasuk dokumen 1MM13 yang sangat diperlukan oleh warga PATI Filipina.

Turut disebar secara terbuka ialah video program ini dalam aplikasi whatapps

 

Sebelum ini Dato’ Azis Jamman Timbalan Menteri KDN anak saudara Shafie Apdal mencadangkan agar diberikan satu dokumen khas bagi pemilik dokumen IMM13 di Sabah memandangkan mereka tidak boleh dihantar balik ke negara asal.

“Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

[ARTIKEL BERKAITAN- “Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN ]

Malah insiden pemilik dokumen IMM13 di pejabat imigeren Wisma Dang Bandang sangat mengejutkan semua pihak.

[ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya ]

Lebih mengejutkan premis-premis menyediakan dokumen warganegara kepada warga asing berleluasa dan dibuat secara terbuka oleh pemimpin Warisan sehingga tertangkapnya sindiket ‘projek IC’ di Kota Kinabalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan ]

18 Comments