Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan
10:03 Mar 01, 2019  |  By SabahKini2
Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata konsesi yang dimeterai pada 30 Oktober 1993 itu sudah berakhir pada 31 Disember lalu, Lim Guan Eng mahu menggantikan Spanco dengan syarikat proksi DAP.

PUTRAJAYA: Akhirnya kontrak penyelenggaraan tunggal kereta sewa untuk kegunaan rasmi kerajaan monopoli Spanco Sdn Bhd (Spanco) milik taikun Tan Sri Robert Tan Hua Choon dikaitkan dengan kroni Tun Daim Zainuddin Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan ditamatkan selepas tempoh konsesi 25 tahun pemajakan tamat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata konsesi yang dimeterai pada 30 Oktober 1993 itu sudah berakhir pada 31 Disember lalu, dan kerajaan memberi lanjutan selama enam bulan kepada Spanco supaya dapat menjalankan tender terbuka kepada syarikat konsesi lain. Melalui tender Lim Guan Eng dan Tony Pua boleh bermain secara teknikal memberi projek itu secara sah kepada syarikat kroni mereka.

“Tender terbuka itu sudah dibuat dan tarikh akhir penghantaran dokumen untuk tender berkenaan berakhir hari ini (28 Februari). Kali ini kita buat secara tender terbuka, selepas penilaian pihak Kementerian Kewangan akan buat pengumuman mengenai hal itu.

“Disebabkan penyerahan dokumen untuk tender terbuka berakhir hari ini, kita tidak mengetahui jumlah sebenar syarikat konsesi yang mengemukakan tender terbabit,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek kepada Yayasan Restu ke arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar Al-Quran oleh Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Pada tahun 2009, Menteri Kewangan pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan membayar hampir RM125 juta kepada Spanco untuk menyelenggara 9,138 kereta sewa kerajaan.

Pada 2008, kerajaan membayar RM158 juta untuk penyelenggaraan 8,654 kereta.

Spanco yang dikaitkan dengan Robert Tan dan Naimah Abd Khalid sebagai proksi Daim pernah didedahkan secara meluas oleh The Edge.

Tan Sri Robert Tan

Nampaknya desas-desus Lim Guan Eng dan Tony Pua memerangi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin itu semakin menunjukkan wajahnya.

Lim Guan Eng mau Spanco ditamatkan dan satu tender baru dibuka untuk membuka ruang kepada syarikat kroni DAP menggantikan Spanco.

Tun Daim sebelum ini menegur Kerajaan Pakatan Harapan supaya memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu

Keghairahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan ‘mendedah’, bergaduh dengan syarikat China menjejaskan pasaran saham serta ekonomi negara. Situasi ini tidak menyenangkan Tun Daim.

Comment