Gagal tangani harga sawit jatuh Teresa Menteri DAP cadang rakyat tukar tanam buluh
06:03 Mar 03, 2019  |  By SabahKini2
Gagal tangani harga sawit jatuh Teresa Menteri DAP cadang rakyat tukar tanam buluh

Kejatuhan harga kelapa sawit dan getah menyebabkan pekebun kecil dan rakyat menderita. Dengan kos sara hidup meningkat harga barang tidak turun selepas SST Menteri DAP mencadangkan rakyat tukar tanaman kepada buluh.

BENTONG -  Rakyat negara ini diminta beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik.

“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesetengah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.

“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The [email protected] di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri), Tan Sri Ir. Wong Foon Meng; Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Mathew Tee.

Tambah beliau, selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun.

Gagal menangani kejatuhan komoditi getah dan kelapa sawit Menteri DAP membuat cadangan paling mudah Tukar tanam Buluh

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi menstabilkan harga komoditi itu.

Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntungan.

Sementara itu, mengulas mengenai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan mengenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit.

 

6 Comments