USAS bersih tuduhan: Hanya Agenda DAP mahu rampas tanah dan kuasai USAS demi dana politik
22:03 Mar 03, 2019  |  By SabahKini2
USAS bersih tuduhan: Hanya Agenda DAP mahu rampas tanah dan kuasai USAS demi dana politik

Exco DAP Dr Aziz Bari terdesak mencari jalan memburukkan USAS menggunakan 'orang dalam'. Dari penyelewengan kepada isu tanah. Semuanya demi dana politik DAP. USAS punya bajet berjuta dan tanah yang luas

Firma audit terkemuka Pricewaterhouse Coopers yang dilantik menjalankan siasatan bebas terhadap pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar akhirnya mengesahkan tiada salah laku pengurusan di USAS.

[ARTIKEL BERKAITAN- USAS sangkal dakwaan salah guna tanah ]

Lembaga Penyiasatan Khas itu tahun lalu diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Gazali Jalal dan dianggotai Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Datuk Mustafa Mohd Nor.

Ia susulan kenyataan kontroversi Aziz Bari Lembaga Pengarah Universiti Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Berhad pada 13 Julai tahun lalu yang menerima memorandum daripada Kesatuan Staf Sokongan USAS; Kesatuan Kakitangan Akademik USAS dan Jawatankuasa Badan Bertindak Kebajikan Staf USAS bertarikh 27 dan 28 Jun. [memorandum yang dirancang dan diada-adakan].

“Memorandum itu mengandungi pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan tertinggi USAS.

Bukan itu sahaja Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi secara sukarela mengemukakan permohonan untuk bercuti mulai 6 Ogos sehingga siasatan selesai. Kini siasatan menunjukkan beliau bersih serta tiada salah laku dan beliau kembali bertugas sejak 4 Februari lalu.

Nampaknya Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri dari DAP,  Dr Abdul Aziz Bari gagal dalam siri percubaan pertamanya mahu merampas dan mengambil alih USAS.

Kini Dr Aziz Bari barua DAP itu mencuba lagi kali kedua dengan taktik baru menggunakan isu tanah yang kononnya tidak diusahakan. Isu pengurusan tanah bukan isu baru ia sejak pengurusan lama USAS. Hanya selepas pengurusan baru bawah Tan Sri Nordin maka tahun 2014 barulah tanaman getah dan kelapa sawit giat diusahakan. fakta ini jelas pengurusan lama dan baru serta kerajaan negeri juga tahu termasuk warga USAS. Jadi tuduhan Aziz Bari dan kuncu-kuncu staf 'si kitol' di USAS sangat tidak berasas.

 

USAS tempat mencari dana politik DAP

Mengapa agaknya Exco DAP Aziz Bari begitu beria-ia sangat mahu menguasai USAS? Prinsipnya mudah hanya melalui USAS Dr Aziz Bari boleh menjana wang politiknya. USAS dilihat boleh memberi projek untuk syarikat kroninya selain faktor tanah dan ladang yang luas boleh menjana pendapatan.

Bukan lagi rahsia Aziz Bari diam- diam masuk ke USAS tanpa memaklumkan pengurusan USAS malah kontraktor cina kroninya tidak bersembunyi meminta beberapa projek di USAS. Kontraktor ini akan didedahkan kemudian pada masa sesuai. 

Kira-kira 6000 ekar tanah dianugerah kepada USAS. 500 ekar dikatakan sudah mengeluarkan hasil dan bakinya 5500 sedang dibangunkan. Ditanam getah dan kelapa sawit. Ini termasuk usaha projek ladang USAS sebagai destinasi pelancongan  di Perak. Malah tanah yang luas ini dikatakan sangat kaya dengan Bijih Timah.

Jadi DAP tidak mungkin melepaskan tanah USAS yang luas ini. Selagi boleh dirampas mereka akan rampas dengan segala cara sekalipun dengan kaedah Character Assasination (Pembunuhan karektor) terhadap pengurusan USAS.

 


Sebahagian dari usaha USAS yang menghasilkan pendapatan kepada USAS.

Kredit gambar- Media sosial

Aziz Bari sebagai Exco berpendapat USAS adalah kuasa mutlak bawahnya dan boleh menggunakan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meletakkan semua orang-orangnya termasuk Naib Canselor USAS baharu. Aziz Bari terlupa pelantikan Naib Canselor USAS adalah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Ia jelas dalam Perlembagaan USAS bahawa “Ketua Eksekutif yang dilantik Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak”. Begitu juga Perkara 27 (3) pelantikan Ketua Eksekutif (Naib Canselor) adalah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak mungkin memperkenankan apa yang dicadangkan Exco DAP Dr Aziz Bari itu. Semua tahu agenda DAP. Malah bukan lagi rahsia apabila agenda Dr Aziz Bari mahu menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak. Ialah semua orang tahu hubungan Dr Aziz Bari dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagaimana. 


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan YAB Menteri Besar Perak dalam satu Majlis di USAS
Kredit gambar- Media sosial

Sekalipun laporan audit terkemuka Pricewaterhouse Coopers membersihkan nama Naib Canselor dan Ahli Lembaga Pengarah USAS, Dr Aziz Bari ternyata tidak akan berhenti untuk memburukkan USAS yang kini semakin terkenal selepas dinaik taraf sebagai Universiti penuh pada 10 Jun 2016 selain mendapat banyak sijil pengiktirafan dalam negara dan dunia Islam.

Kumpulan Pengkhianat USAS, Aziz Bari dan Agenda DAP

Isu yang berlaku di USAS adalah dimulakan oleh orang dalam. Terdapat 'Si Kitol' di belakang Exco DAP itu. Kenyataan media USAS pada 28 Februari juga memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah baru (Aziz Bari) yang mendedahkan kepada media tidak mendapat maklumat yang mencukupi. Ahli Lembaga Pengarah USAS itu juga telah memohon maaf.

"Ahli tersebut menyesali kenyataannya seperti yang disiarkan dalam akhbar yang telah dibuat tanpa pengetahuan penuh tentang fakta sebenar”. katanya

Apa dia buat menyelinap masuk ke USAS sekalipun dia bertaraf Exco? Kerjanya berjumpa dengan pegawai-pegawai khianat USAS dan mendengar segala maklumat yang salah mengenainya. Mereka inilah Napoleon kecil yang menjadikan USAS medan politik cari makan DAP.

Mereka talibarut ini diketuai oleh Searbi Omar bekas Pendaftar KUISAS yang dibuang dari USAS dan ditempatkan di pejabat SUK Perak dengan gaji masih dibayar oleh USAS. Dibantu didalangi oleh kepimpinan Kesatuan Sekerja USAS seperti Ustaz Zulfahmi, Ustaz Rais Adnan, Dr Faizal Khir, dan Basarudin (library). Kebanyakan ahli kesatuan ini terdiri daripada pensyarah yang masih tiada master dan PHD. Mereka tidak boleh naik pangkat kerana tiada master dan PHD.

Port mereka berkumpul dan merancang firnah terhadap pengurusan USAS ialah di Perpustakaan USAS. Dr Aziz Bari penaung mereka jika masuk USAS akan bertemu di sini. 

 

Ketua Pengkhianat- Searbi Omar dipindah dari USAS dan kini berharap kembali ke kampus.

Masing-masing mempunyai tugas mengikut arahan Dr Aziz Bari dan Searbi Omar. Basarudin tu pakar tukang jaja isu tanah kepada Aziz Bari dan warga USAS. Kerjanya tukang sebar dan hasut. Jika Aziz Bari masuk USAS jumpa Basarudin ni pasti ada perkara Sidang Media Exco DAP lakukan untuk menyerang pengurusan USAS.

Ustaz Rais Adnan tukang kipas kepada Aziz Bari. Sangat kontroversi di USAS. Jenis menipu. Tiada master tetapi mengaku ada PHD dalam setiap ceramahnya. Warga USAS mengetahui perangainya. Jenis macam ni memang pilihan Dr Aziz Bari DAP.


Apa tugas Searbi Omar?

Dikatakan Aziz Bari sebagai Exco dan ahli lembaga pengarah USAS akan memasukkan semula Searbi Omar dalam USAS sebagai proksinya. Jawatan yang ditarget ialah TNC Pentadbiran dan Kewangan USAS. Senanglah usahanya nanti untuk membalun apa yang ada di USAS kerana beliau juga Ahli Lembaga Pengarah USAS. Jika MB Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tak sedar lagi tak tahulah.

Di zaman Dato’ Seri Zambri Kadir sebagai Pengerusi USAS Searbi Omar pernah mencadangkan projek perlombongan Bijih Timah di tanah ladang USAS kerana tanah itu kaya dengan bijih timah. Kononnya dengan cara ini USAS akan lebih kaya tanpa meminta wang dengan Kerajaan Negeri. Namun cadangan Searbi Omar itu ditolak kerana pengurusan USAS mencadangkan projek lain bukan lombong Bijih Timah yang boleh memusnahkan alam sekitar.

Cadangan gila dan pemilikan beribu ekar tanah USAS ini menarik minat Exco Barua DAP Aziz Bari itu. Maka bertambah nafsu membuak-buak DAP merampas tanah itu. Jika boleh Aziz Bari mahu melantik kontraktornya melaksanakan projek di tanah yang luas itu. Jika Searbi Omar TNC Pentadbiran dan Kewangan USAS maka anda boleh bayangkan apa DAP buat di USAS.

DAP menggunakan pemimpin Melayu

 

YB Nga Kor Ming Pengerusi DAP Perak dan Aziz Bari Naib Pengerusi DAP Perak. Aziz sudah diuji Melayu yang boleh mengkhianti Melayu.
Oleh itu perwakilan DAP Perak tiada halangan memilih Aziz Bari.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan DAP melantik Dr Abdul Aziz Bari sebagai Naib Pengerusi DAP Perak. Malah tahun lalu dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Perak orang melayu pertama menang tertinggi 1,303 perwakilan mengatasi calon Cina dan India yang lain.

Jika DAP menjadi Menteri Besar pun kita amat pasti Aziz Bari akan menjadi calon utama kuda tunggangan mereka. 

Sebagai Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar beliau pasti akan terus mencari jalan mengganggu pentadbiran USAS selagi mana DAP tidak menguasai universiti Islam di bawah Sultan Perak itu.

Dengan bajet kira-kira hampir RM70 juta setahun, RM50 juta USAS dan hampir RM15 juta dari Kerajaan Negeri serta keuntungan USAS sejak 2015 yang kini mencecah RM10 juta (tahun 2018) sudah pasti menjelaskan maksud sebenar mengapa Dr Aziz Bari dan DAP menggila mahu menguasai USAS. Sebelum tahun 2014 tiada siapa mahu menguruskan USAS kerana rugi berjuta. Sekarang semua pihak mahu berebut mengambil alih USAS yang untung itu.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Menteri Besar, Ahli Lembaga Pengarah USAS, pengurusan universiti, staf, kepimpinan pelajar dan rakyat Perak perlu pertahankan USAS dari mangsa DAP. Jangan benarkan mereka merosakkan USAS dan kejayaan yang sedang dikecapi kini. Kerana terdapat pengkhianat dalam USAS akhirnya diburukkan oleh media luar. Mereka sepatutnya dibuang dari USAS. 

Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah USAS baharu didahului Pengerusi Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd. Noordin Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dan Datuk Kamel Mohamad pasti akan mampu mempertahan USAS dari tangan-tangan DAP di Perak.

Paling penting jangan tunduk pada Dr Aziz Bari dan DAP Perak. Jangan benarkan tanah ladang beribu ekar itu dirampas dan diserah kepada syarikat kroni DAP. 

Kini USAS sudah bersih dan pastinya Dr Aziz Bari bersama agenda DAP tidak akan berhenti disitu. Mereka pastinya akan terus mencari jalan dan mencari kelemahan yang ada. Selamat maju jaya untuk USAS. 

 

6 Comments