Video Pegawai Kanan Felcra maki hamun pekerja tular dan dikecam
06:03 Mar 05, 2019  |  By SabahKini2
Video Pegawai Kanan Felcra maki hamun pekerja tular dan dikecam

Dalam video tersebut, seorang pegawai kanan Felcra bernama Khairi Makmor dilihat meluahkan kemarahan dan maki hamunnya kepada pekerja ladang dipercayai tidak mendengar arahannya.

Video pegawai kanan bernama Khairi Makmor tular selepas memaki hamun pekerja

KUALA LUMPUR- Sebuah video menunjukkan seorang lelaki memegang sebatang kayu mengamuk dan maki hamun pekerja di sebuah sebuah ladang Felcra tular dalam laman sosial Twitter dan facebook hari ini.

Dalam video tersebut, seorang pegawai kanan Felcra bernama Khairi Makmor dilihat meluahkan kemarahan dan maki hamunnya kepada pekerja ladang dipercayai tidak mendengar arahannya. 

"'Terangkan!..terangkan! bukan duduk office! sambil menerjah seorang pegawai wanita di ladang itu. 

Khairi Makmor dilaporkan adalah COO Felcra yang baru dilantik 4 bulan lalu. 

Beberapa pengguna Twitter dan facebook menegur tindakan majikan yang bersikap kasar dengan maki hamun kepada pekerja. Pekerja tidak wajar dilayan sedemikian jika pun berlaku kesalahan. 

Pengerusi Felcra Datuk Nageeb Abdul Wahab perlu menjelaskan perkara ini apakah semua pekerja ladang Felcra dilayan seumpama ini. Dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi kini berhadapan lagi dengan majikan yang sombog dan bengis mendera pekerja.

Sehingga kini Felcra belum memberi maklum balas berhubung kejadian pegawai kanannya maki hamun pekerja ini.

13 Comments