Malaysia tiada Gay kata Menteri Pelancongan di Jerman
16:03 Mar 06, 2019  |  By SabahKini2
Malaysia tiada Gay kata Menteri Pelancongan di Jerman

Datuk Mohamaddin Ketapi percaya tiada golongan gay di Malaysia, lapor badan penyiaran Jerman Deutsche Welle (DW).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi percaya tiada golongan gay di Malaysia, lapor badan penyiaran Jerman Deutsche Welle (DW).

Mohamaddin berkata demikian bila ditanya pemberita di negara itu semalam, sama ada golongan gay dialu-alukan di Malaysia.

“Saya tidak fikir kami ada perkara sebegitu di negara kami,” beliau dilaporkan sebagai berkata menjelang pembukaan ITB Berlin, pesta perniagaan pelancongan terbesar di dunia.

Malaysia menjadi rakan pameran itu dan menyasarkan untuk menerima 30 juta pelancong pada tahun ini,

Sebelum itu, ahli politik Green Party Jerman Volker Beck membantah penyertaan Malaysia dalam ITB dengan mendakwa Malaysia mengamalkan homofobia dan antisemitisme.

Ia susulan langkah negara ini menyekat kemasukan atlet para Israel untuk sebuah acara renang di Sarawak pada pertengahan tahun ini.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Disember lalu mengeluarkan dapatan kajian mendakwa golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) didiskriminasi di Malaysia.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga berkata Malaysia menolak gaya hidup sedemikian

 

3 Comments