Kes-Kes Mahkamah Pilihanraya Yang Berlambak dan Tak Masuk Akal - Satu Kerugian Besar Buat Sabah
03:03 Mar 07, 2019  |  By SabahKini2
Kes-Kes Mahkamah Pilihanraya Yang Berlambak dan Tak Masuk Akal - Satu Kerugian Besar Buat Sabah

Mahkamah seolah-olah mengabaikan segala keputusan mahkamah yang terdahulu dalam kes-kes yang serupa.Terdapat tekanan unsur politik. Masuk PH ok.

Akhir-akhir ini, The Edge Financial Daily seringkali menyiarkan berita dengan tajuk-tajuk yang berpotensi menimbulkan kebimbangan umum di halaman depannya.

Semalam, ia memaparkan tentang keyakinan pelabur yang secara umumnya berada di tahap yang lemah sepanjang suku pertama 2019. Kemungkinan untuk pulih dijangka hanya akan berlaku menjelang akhir 2019. Ini merupakan susulan daripada laporan yang disiarkan Khamis lepas, tentang kajian FMM-MIER mengenai kelembapan aktiviti perniagaan dalam separuh pertama 2019.

Sekaligus membuatkan penafian oleh BNM tentang kemelesetan dalam laporan mereka pada 15 Februari lepas kelihatan lemah dan tidak meyakinkan. Hakikatnya, semua itu hanyalah satu usaha Gabenor BNM, Empress Dowager Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos yang ingin 'menjilat' serta membodek kepimpinan negara dalam barisan kabinet PH. Dengan harapan bahawa penggunaan swasta akan kekal bertahan dan kesinambungan projek mencukupi bagi mengelak kemelesetan.

Lebih-lebih lagi, keluaran pada 18 Februari melaporkan pendapatan korporat untuk tahun 2019 akan terus berada dalam angka tunggal. Apa yang akan berlaku apabila rakyat kehabisan wang dan dikejar oleh bahagian kad kredit bank, dan Lim Guan Eng kekal dalam mod anjing gila?

Keadaan ekonomi dalam era kedua Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, ditambah pula dengan adanya seorang Menteri Kewangan yang sombong dan keras kepala, adalah sangat tidak baik dan rakyat biasa kini berada di ambang kemiskinan. Malangnya, tumpuan pentadbiran negara sekarang ini bukannya untuk menangani ekonomi.

Kepimpinan negara berperilaku seperti politikus jalanan yang masih lagi sibuk berbagi harta rampasan perang, dan pihak pembangkang pula asyik sibuk dan obses berpolitik. Perkara terakhir yang kita perlukan sekarang ini ialah senarai panjang petisyen pilihanraya di mahkamah.

 

Mahkamah Pilihan Raya

Pilihanraya Kecil Semenyih baru saja selesai dan satu lagi bakal menyusul.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 25 Februari yang lalu dan satu lagi pilihanraya kecil akan dilaksanakan untuk kawasan DUN Rantau dalam masa 60 hari. Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru dilantik belum pun sempat untuk duduk bermesyuarat tetapi terdapat petisyen-petisyen pilihanraya bakal dibicarakan bagi Kimanis, manakala 8 Mac untuk Sipitang, serta perbicaraan semula bagi Jasin.

Mahkamah Pilihanraya telah menetapkan tarikh 8 April untuk petisyen Kimanis melibatkan Datuk Karim Bujang mewakili Parti Warisan Sabah dan bekas Menteri Luar yang kini berstatus Bebas, Datuk Seri Anifah H Aman. Mahkamah telah memperuntukkan enam minggu untuk prosiding.

Terdapat juga petisyen yang telah dibatalkan seperti Tasek Gelugor baru-baru ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik. PPBM mengajukan 7 petisyen pilihanraya. Datuk Shabuddin Yahya juga berkemungkinan akan dapat melepaskan diri daripada tuduhan salah lakunya di Perda!

Sebelum penarikan semula petisyen oleh Timbalan Menteri keluaran "Cambridge" dari PPBM, Senator Datuk Marzuki Yahya, mahkamah pilihanraya telah terlebih dahulu memutuskan untuk dilakukan kiraan semula.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana amalan lalu mahkamah pilihanraya akan mengambil kira proses kiraan undi SPR sebagai baik, terutamanya kerana dilihat dalam setiap peringkat pengiraan, wakil kedua-dua pihak telah sama-sama menyaksikan proses tersebut.

Akhir-akhir ini, pengamal undang-undang mengadu bahawa mahkamah pilihanraya telah bertindak pelik dengan mengabaikan keutamaan dan teknikaliti dalam mentafsirkan semula undang-undang pilihanraya mengikut suka hati mereka. Ternyata, seorang hakim telah memutuskan sebuah penghakiman yang mengatakan supaya diabaikan saja aspek teknikal dan hanya melihat terus kepada fakta kes.

 

Petisyen Kimanis

Anifah Aman secara teknikalnya telah memenangi pilihanraya lepas dengan majoriti yang begitu kecil dan tidak dijangka iaitu sebanyak 156 undi.

Atas sebab perbezaan jumlah undi yang begitu tipis, pencabar Anifah, Karim Bujang mencuba nasib untuk membuat petisyen ke mahkamah pilihanraya. Karim ingin membuka semula peti undi untuk memeriksa kiraan semula dan mengesahkan sama ada bilangan jumlah undi yang diterima melebihi pengundi berdaftar ataupun sebaliknya.

Kes yang lebih kurang sama keadaannya dengan yang lain. Sepatutnya tidak timbul sebarang persoalan berkenaan kredibiliti proses pemilihan semata-mata bersandarkan pada syak wasangka dan tanpa sebarang keraguan munasabah.

Mahkamah seolah-olah mengabaikan segala keputusan mahkamah yang terdahulu dalam kes-kes yang serupa sebagaimana yang dipetik oleh peguam Anifah, di mana salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli politik PKR, Ansari Abdullah. Pastinya beliau menyedari akan ketidak adilan yang wujud sehingga sanggup untuk mewakili Anifah.

Selain itu, terdapat juga beberapa isu teknikal yang timbul tentang pemfailan petisyen tersebut.

Adakah ianya serupa dengan kes Tasek Gelugor dan sekadar merupakan tekanan bermotif politik bagi menekan Anifah agar menyertai PPBM atau Warisan?

Dendam politik peribadi antara Dato Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman sepatutnya tidak dibiarkan mempengaruhi mahkamah pilihanraya, namun kebarangkalian untuk itu tidak boleh dinafikan.

Musa Aman sememangnya merupakan pemain utama dalam politik Sabah. Walau bagaimana pun, Anifah Aman itu juga adalah pemain dengan kebolehan tersendiri.

Bukan Anifah sahaja yang berhadapan dengan petisyen pilihanraya, malah Sipitang yang diwakili oleh anak Musa, Yamani Hafez Musa juga berdepan situasi yang sama. Kelihatan seperti satu konspirasi untuk menghapuskan pengaruh keluarga Aman daripada politik Sabah.

Selepas kekalahan di Semenyih, di mana Tun Dr Mahathir berkata PH akan menguasai dua pertiga majoriti di parlimen. Terdapat laporan berita yang mengatakan bahawa 5 orang bekas Ahli Parlimen UMNO akan menyertai PPBM tidak lama lagi. Mereka yang dimaksudkan itu dipercayai merupakan penyokong kuat Musa Aman.

Campurtangan Badan Eksekutif Dalam Hal Badan Kehakiman

Sekiranya politik memainkan peranan dalam keputusan mahkamah pilihanraya, dan kemungkinan besar juga hakim yang mengetuai kes itu adalah hakim dari Sandakan yang pro DAP, maka boleh jadi dakwaan oleh Hakim Hamid Sultan barangkali ada kebenarannya.

Hamid mendakwa bahawa badan kehakiman menerima arahan daripada badan eksekutif.

Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara dalam memutuskan untuk mendakwa Papagamo yang dikatakan telah mendatangkan kemudaratan terhadap Syed Saddiq sebelum kempen pilihanraya kecil untuk Semenyih selesai, sebagai tidak logik dan tidak masuk akal. Sedangkan Timbalan Ketua Polis Negara telah mengatakan bahawasanya tidak ada kes berkenaan kejadian tersebut. Malah ini juga turut tidak konsisten dengan keputusan Pejabat Peguam Negara dalam menarik diri daripada kes yang hampir sama menentang peguam Siti Kassim.

Penarikan balik kes oleh Marzuki menguatkan lagi persepsi bahawa petisyen-petisyen pilihanraya ini semua tujuannya bukanlah benar-benar asli, sebaliknya hanyalah semata-mata sebagai alat untuk dipolitikkan. Terdapat keraguan dalam petisyen pilihanraya terhadap Anifah. Yang mana apa jua keputusannya nanti, akan dilihat sebagai skandal dan bakal menjejaskan imej sama ada hakim ataupun Peguam Negara itu sendiri.

Beberapa tahun yang lalu, blog Loyar Burok, yang mana Pengerusi SPR sekarang ini adalah sebahagian daripadanya, serta sebuah lagi portal iaitu Aliran, telah mengajak rakyat untuk mengubah kerajaan untuk menghapuskan ketidakadilan atas penyalahgunaan undang-undang pilihanraya. Malangnya ia tidak pun menjadi lebih baik di bawah PH, malah orang ramai mula sedar bahawasanya mereka ini rupanya lebih teruk lagi. Undang-undang pilihanraya ditafsirkan sesuka hati mereka.

Ramai yang sedia maklum bahawa Anifah sememangnya telah lama mengimpikan kehidupan biasa di luar daripada politik. Sekiranya petisyen terhadap beliau ini diterima dan keputusan mahkamah memihak kepada pengadu, maka Sabah akan kehilangan seorang pemimpin yang hebat.

Beliau memang telah meninggalkan BN, tetapi ianya atas sebab-sebab berkaitan prinsip. Terdapat janji yang berkaitan dengan resolusi Perjanjian Malaysia 1963 yang gagal dipenuhi. Ia tiada kaitan dengan politik dan beliau telah pun memberi peluang kepada Presiden UMNO yang baru, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi.

Walau bagaimanapun, Anifah walau tanpa parti, kekal memainkan peranan beliau sebagai Menteri Luar Kabinet Bayangan di Parlimen, dan sering bersuara menimbulkan isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah. Sekiranya Sabah ingin mencari penyelesaian dan mendapatkan semula hak mereka di bawah MA63, Anifah adalah individu yang menjadikan ianya mungkin, dan ketiadaan beliau akan menjadi kerugian cukup besar kepada Sabah.

Rangkaian antarabangsa beliau pasti cukup berguna kepada negara, merentasi fahaman politik kepartian dalam membantu usaha diplomasi dan meningkatkan nilai dagangan untuk Sabah dan Malaysia.

Semuanya akan hilang begitu sahaja akibat politiking yang tidak masuk akal.

Asal- anotherbrickinwall.blogspot.com

Comment