(Part 2) Zaiton Hasan dan Tabung Haji : 'Kaki putar belit' akhirnya makan diri
04:03 Mar 12, 2019  |  By SabahKini2
(Part 2) Zaiton Hasan dan Tabung Haji : 'Kaki putar belit' akhirnya makan diri

Zaiton Hasan sedang menyusun dendamnya di TH dan Bank Pembangunan. Kabel besar beliau kini di BNM serta Lim Guan Eng DAP. Sibuk mencari kesalahan lalu akhirnya TH memakan diri.

Bersambung dari Bahagian Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam

Kerugian lalu tidak pernah disiasat oleh BNM. Malah BNM terus memperakukan beliau

Penstrukturan Tabung Haji

Mengikut cadangan penstrukturan yang dipercayai dibuat oleh ProKhas, aset RM19.9 billion Tabung Haji dipindahmilik kepada SPV dan diganti dengan bon. Bon yang sepatutnya diterbitkan SPV kepada Tabung Haji adalah sukuk dan Redeemable Cummulative Preference Shares (RCPS). Sukuk adalah untuk aset yang mengikut garis panduan syariah, manakala RCPS adalah untuk aset yang tidak lagi mengikut panduan syariah setelah dipindah milik.

Bon ini sepatutnya memberi faedah atau hibah 2.5% setahun untuk 7 tahun tetapi sebarang bayaran hanya akan dibuat dipenghujung tempoh 7 tahun atau bila bon itu ditebus (redeem). Ini bermakna Tabung Haji tidak mendapat sebarang bayaran untuk penjualan aset secara paksa ini. Tentu sekali, ini  menjejaskan kecairan dan kewangan Tabung Haji yang perlu membiayai subsidi Haji dengan hanya aset-aset yang kurang berkualiti yang mana SPV tidak mahu ambilalih.

Di dalam Facebooknya bertarikh Februari 21hb, Dato' Najib telah mendedahkan bahawa bon-bon ini "not guaranteed, not-traded and not rated" (tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual beli dan tidak ada diberi pengiktirafan agensi pengiktiraf). 

 

Boleh baca di link

 

Ini memungkinkan Tabung Haji berisiko untuk tidak akan dapat pembayaran jika Prokhas yang menguruskan aset-aset ini bagi pihak Kementerian Kewangan tidak dapat nilai yang baik untuk dijual atau gagal membaikpulih aset.

Tanah-tanah yang diambilalih seperti tanah TRX dan yang dimajukan Felcra mempunyai potensi Gross Development Value atau GDV yang berlipat ganda nilainya. Dalam FB bertarikh Februari 16hb, Dato Najib megesyaki tanah-tanah ini telah dipindah hakmilik pada pernilaian yang jauh lebih rendah dari pasaran.

 

 [Sila baca Link ]

Manakala ada pihak-pihak mengesyaki tanah-tanah yang diambilalih akan dijual murah kepada atau dibangunkan secara usahasama dengan  kroni pilihan pada terma yang lebih menguntungkan pembeli atau pemaju.

Kerugian operasi atau kejatuhan nilai aset disebabkan keadaan semasa pasaran saham dan pasaran komoditi kelapa sawit jatuh. Ia berlaku ekoran kemenangan PH di pilihanraya ke 14 pada Mei 2018 yang membuat pelabur asing hilang keyakinan untuk menjual pegangan saham, bon dan matawang ringgit. Pembeli China memprotes sikap anti-China yang dipamerkan oleh Tun Dr Mahathir untuk berhenti membeli hasil kelapa sawit dari Malaysia.

Namun begitu, peluang ini disalahguna oleh Datuk Zaiton Hasan dan Dato Zukri Samat untuk memutarbelit akaun Tabung Haji dengan menggunakan pengaruh untuk paksa Jabatan Audit Negara menukar polisi perakaunan sesuka hati.

Mereka menuntut diambilkira sebarang rosotnilai (impairment) mengikut standard perakaun komersial baru MFRS 9 untuk akaun Tabung Haji yang lepas untuk 2017 ketika pengumuman hibah.

Tujuannya adalah untuk membuktikan tuduhan Rafizi Ramli itu betul dan pengurusan lama Tabung Haji memang telah menipu akaun serta membuka peluang untuk balas dendam untuk mengenakan mereka. Tuduhan mahkamah terhadap Rafizi Ramli baru saja ditarikbalik oleh DPP dan kemungkinan ianya adalah wahyu dari atas.

Terpantul balik ke muka sendiri

Pengurusan baru Tabung Haji menafikan mereka telah dikuasai oleh Kementeriaan Kewangan yang dipimpin Guan Eng. Hakikatnya kuasa kewangan Tabung Haji akan dihakis sedikit demi sedikit dan dimasa depan, ia tidk lagi boleh berdiri atas kaki sendiri dan akan bertambah pergantungan kepada Kementerian Kewangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Mereka mendendangkan halwa telinga mengatakan Tabung Haji telah selamat dalam masa 8 bulan Zaiton dan Zukri mengambilalih pengurusan. Malah Zukri telah menjanjikan subsidi akan diteruskan dan Tabung Haji akan berupaya memberi hibah untuk tahun 2018.

Belum pun apa-apa, Zukri telah mungkiri janji kepada orang ramai dan penabung-penabung Tabung Haji dan perakui khabar angin subsidi akan dihentikan tetapi hanya untuk jemaah Haji kali pertama. Pada mulanya pendirian Zukri adalah pengiring atau mahram tidak akan mendapat subsidi, tetapi akhirnya u-turn ekoran cadangan ditolak oleh Mujahid.

Sekali lagi, Dato Najib bertanya di dalam Facebooknya bertarikh Mac 7hb baru-baru ini. Selalunya hibah diumumkan diakhir bulan Januari atau awal Februari tetapi masih tiada lagi pengumuman. Hanya Mujahid sahaja memberitahu media bahawa hibah akan diumum bulan Mac, tidak tahu awal atau tengah atau akhir bulan Mac.

Kelambatan ini menimbulkan tanda tanya kerana sejak tahun lepas, pengurusan baru mendabik dada mengatakan Tabung Haji telah diselamatkan dan subdiri dan hibah adalah seperti biasa. Adakah sebarang masaalah dengan akaun Tabung Haji untuk 2018? Adakah masaalah dengan kedudukan aset berbanding liabiliti untuk membolehkan Tabung Haji memberi hibah untuk 2018?

Difahamkan dari sebuah blog Another Brick in the Wall bahawa aset RM19.9 billion yang dipindah milik berkemungkinan adalah berdasarkan pernilaian untuk akhir 2017. Jumlahnya mungkin telah jatuh lagi disebabkan pasaran saham jatuh sepanjang tahun 2018 dan 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tabung Haji: Sins and silliness]

Baik-baik tidak ada masalah, Zaiton dan Zukri timbulkan masaalah dengan mendesak dirosotnilai aset bagi akaun 2017 kepada pernilaian terkini. Mereka ingat dengan membuat silap mata untuk memindahkan aset ke SPV boleh dicantikkan akaun untuk 2018. Rupanya MFRS 9 menuntut rosotnilai juga di atas aset disebalik sukuk dan RCPS yang diterbitkan oleh SPV.

 

Dari tindak tanduk untuk mengenakan orang, kini terkena diri sendiri. Blog tersebut membuat unjuran  bahawa nilai aset disebalik sukuk dan RCPS yang diterbitkan oleh SPV mungkin telah jatuh nilai sebanyak RM10 billion dan tinggal hanya RM9.9 billion.

Tentu sekali, kedudukan nilai aset telah jatuh bawah liabiliti dan tidak lagi memenuhi syarat artikel 22(3)a Akta Tabung Haji 1995. Dana untuk memberi dividen bagi 2018 boleh juga kehabisan akibat prinsip akaun baru yang dipaksa guna oleh Zaiton ke atas Auditor General. Setelah ditukar dari prinsip akaun yang diamalkan kerajaan, tentu sekali ia tidak boleh diubah sewenang-wenang dan perlu dikekalkan juga untuk 2018 tanpa pengecualian!

[Link http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20535%20-%20Tabung%20Haji%20Act%201995.pdf]

Blog yang sama juga merasakan dengan penilaian aset telah jatuh dari nilai 2017, kemungkinan besar aset telah dipindahkan tetapi bon-bon tersebut belum diterbitkan kerana isu penilaian yang sama. Jika ia mahu dikekalkan dalam akauan Tabung Haji sebagai “amount due from” SPV, mana tahu Kementerian Kewangan sedia salurkan cash RM10 billion untuk menampung kekurangan nilai tersebut.

Mungkin blog tersebut hanya membuat spekulasi atau ramalan berdasarkan maklumat dan sumber-sumbernya tersendiri.

Namun begitu, sikap Mujahid untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat khabar angin terhadap Tabung Haji menunjukkan sikap defensif dan seolah-olah takut ada tembelang akan pecah. Sepatutnya baik Mujahid atau pengurusan baru Tabung Haji berkomunikasi dan bertemu untuk menyakinkan pelbagai pihak dan juga pengkritik.

Sikap tidak terbuka dan negatif serta motif dendam terhadap sejarah lama yang ditunjukkan Zaiton,  Zukri dan orang-orang mereka menakutkan Pengurus dan staf-staf dalam Tabung Haji. Susah untuk menjayakan program mereka jika mereka takut untuk bekerjasama. Malah ada pihak yang membantu dan bekerjasama untuk menyiasat pun turut dimangsakan. Tunggu cerita sama berlaku di Bank Pembangunan.

Banyak cara yang boleh dilakukan jika Zaiton dan Zukri ikhlas terhadap Tabung Haji dan tidak ego dan angkuh untuk sedia mendengar cadangan dari pengurus kanan-kanan yang lebih lama mendalami urusniaga Tabung Haji serta tiada sikap dendam dalam hati mereka. Malah ada peruntukan-peruntukan dan cara-cara tertentu untuk menyelesaikan masaalah sedemikian.

Ini kena salahkan Tan Sri Zeti yang beriya-iya mahukan gandingan Zaiton dan Zukri mengepalai Tabung Haji. Macam kes 1MDB, bila dia terlibat dan silap buat keputusan, dia buat bodoh sahaja dia. Tidak lama lagi, dia juga yang kena.

 

Comment