Majlis Gereja Selar Presiden Warisan politikkan agama Kristian
23:11 Nov 22, 2017  |  By SabahKini2
Majlis Gereja Selar Presiden Warisan politikkan agama Kristian

“Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,”

Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) Bishop Melter Jiki Tais mengecam sikap pemimpin Warisan yang menggunakan agama untuk politik. 

Beliau berkata rakyat Sabah istimewa, harmoni dan hidup bersaudara. 

“Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,” katanya 

Tidak wajar pemimpin politik menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meningkatkan dana untuk pertubuhan dan sekolah bukan Islam di Sabah. 

Melter turut mengundang Musa merasmikan himpunan tahunan Krismas di Kota Kinabalu, yang akan diadakan pada 11 Disember di Padang Merdeka.

Setiap tahun kerajaan negeri memberi bantuan kewangan untuk mengadakan sambutan Krismas dan pada tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk mengadakan acara 'KK Christmas Celebration 2017' di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 12 Dis ini.



Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meminta agar 'orang politik' tidak menggunakan isu berkaitan agama dalam politik.

“Kita mesti hormat agama. Jadi saya minta orang-orang politik janganlah gunakan isu agama dalam politik,” katanya, dan menambah ada isu sekarang ini menjadi subjek kegemaran parti pembangkang muktahir ini.

“Bagi kami di Sabah, kita semua sama, dan atas sebab itu kita hidup harmoni. Paling utama, kita mesti bantu membangunkan negeri ini,” katanya.

Kenyataan itu menyusuli ucapan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal kepada pimpinan gereja di Keningau pada Ahad.

Shafie dalam ucapannya berkata kerajaan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kristian adalah hipokrit dan munafik tidak pandai mengurus agama mereka, malah beliau mengaku beliau antara menteri yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan Sabah dan Sarawak. 

Kenyataan Shafie Apdal mengaitkan agama Kristian mengundang kritikan dari netizen malah mengkritik pemimpin BN Kristian mengundang kepada rasa tidak puas hati kalangan komponen BN sehingga beberapa laporan polis dibuat terhadap Shafie Apdal.

Kontroversi baru ini dilihat satu usaha Shafie Apdal untuk terus mengalih isu sebenar berhubung siasatan kes rasuahnya di KKLW RM1.5 bilion yang bakal didakwa hujung bulan ini.

Comment