Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?
07:03 Mar 17, 2019  |  By SabahKini2
Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?

Farish dikatakan dipecat tetapi masih bersama Timbalan Menteri KDN ke mana saja bertugas

Sudah lebih 6 bulan kes 'skodeng' skirt pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman belum didakwa malah terus berkhidmat ke hulu ke hilir di Sabah dan Kuala Lumpur. Kes Seksyen 509 Kanun Keseksaan akan ditutup?

KUALA LUMPUR: Najib Razak dalam facebooknya berkongsi laporan portal Malaysiakini mempersoalkan mengapa 10 bulan sejak PH menang PRU14, tidak ada satu dakwaan undang-undang telah diambil terhadap ahli politik PH atau mereka yang dekat dengan PH.

Contoh paling dekat katanya kes skodeng yang ada bukti rakaman video dan pengakuan Menteri pun senyap.

Kali terakhir media melaporkan mengenai pegawai khas itu kononnya akan didakwa ialah pada 18 September 2018.

Laporan itu menyebut kertas siasatan berhubung kes pegawai Timbalan Menteri KDN merakam bahagian bawah skirt juruoptik di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur telah dihantar Pejabat Peguam Negara

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika itu berkata pendakwaan akan dilakukan segera.

"Pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

Pada 8 September tahun lalu, media melaporkan video perbuatan keji Mohd Farish Hussain pegawai khas itu berdurasi selama 1 minit 46 saat tular di Facebook dan media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

(VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina

 

Video Rakaman Farish bersama Azis Jamman September tahun 2018

Susulan kejadian itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dikhabarkan memecat serta-merta pegawainya yang dipercayai merakam bahagian bawah skirt juruoptik cina itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini mempersoalkan sama ada benarkah Farish pegawai khasnya dipecat kerana pegawai itu jelas kelihatan di mana-mana Timbalan Menteri itu melawat kawasan atau bertugas di Kuala Lumpur.

[ARTIKEL BERKAITAN- Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri? ]

Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri?

Sumber di Sabah mengesahkan Farish Hussin masih berkhidmat dengan Aziz Jamman.

 

Ke mana Azis Jamman di situ kaki skodeng Farish Hussain berada. Farish nampaknya tidak
mungkin akan didakwa kerana 'Kawtim'

Sejak Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada Mei lalu, ada pelbagai dakwaan salah laku anggota pentadbiran, dan individu yang berkaitan dengannya, yang dilapor media secara meluas.

Bagaimanapun setakat ini belum ada yang dibawa ke mahkamah.

Lebih enam bulan berlalu rakaman video menunjukkan pegawai khas kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Aziz Jamman merakam dari bawah skirt seorang wanita tidak didakwa malah terus berkhidmat ke hulu ke hilir di Sabah dan Kuala Lumpur.

 

 Juga di Parlimen..

Azis Jamman Timbalan Menteri KDN pun tidak pernah membuat kenyataan mengenai Pegawai Khasnya sejak 7 bulan lalu. Tak mungkin beliau tidak mengetahui status kes pegawainya. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri KDN beliau lah yang mempercepatkan pendakwaan kes kerana ini  melibatkan integriti kementeriannya. Kes dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan mempunyai video dan bukti bergambar. Amat mustahil untuk tidak didakwa.

Apakah pertanyaan Dato' Sri Najib itu akan bakal dijawab? Rakyat Malaysia sedang menunggu kesudahan kes "Kaki Skodeng' bawah Skirt gadis cina ini. Apakah akan digugurkan oleh Peguam Negara atau akan didakwa. 

 

4 Comments