(VIDEO) Jufazli 'gila' meronta ditahan polis di Cheras kerana hina Dr Mahathir
02:03 Mar 18, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Jufazli 'gila' meronta ditahan polis di Cheras kerana hina Dr Mahathir

Sekian lama mulut celuparnya dibiarkan akhirnya Juju ditangkap Polis kerana menghina Perdana Menteri

Meronta-ronta bersama kekasihnya minta dibebaskan

Jufazli Shi Ahmad atau Juju yang dikenali di media sosial memaki, menghina dan menyerang Dr Mahathir Mohamad ditahan polis di rumahnya awal pagi.

Aktivis berusia 31 tahun dari Sandakan Sabah ditahan di rumahnya di Cheras, Selangor bersama teman wanita berusia 31 tahun sekitar jam 4 pagi.

Dalam video yang tular Jufazli sempat membuat video ‘Live’ memaki-maki Perdana Menteri dan anggota polis sebagai ‘polis Mahathir’ sambil menjerit meminta waran tangkap

Video terbaru yang tular menunjukkan Jufazli meraung-raung dari ditahan polis sambil dihalang oleh teman wanitanya yang duduk serumah.

Sumber menafikan polis memerlukan waran tangkap dalam kes seperti ini kerana sudah ada laporan rasmi terhadap Jufazli.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Jufazli atas dakwaan menghina dan memfitnah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sehingga tahap mengelarnya sebagai ‘babi’. Kenyataan biadapnya mengundang rasa tidak senang pemimpin  dan blogger PH.

Dalam video kenyataan terbukanya Jufazli menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan bercanggah dengan presiden PAS Hadi Awang juga isu ketua Sarawak Taib Mahmud.

Sebelum ini Jufazli sentiasa dalam facebooknya memaki-maki Dato’ Sri Najib dan Rosmah kini bertukar taktik menyerang Dr Mahathir dalam ucapannya.

Bagaimanapun, beliau menukar rentak secara drastik dari 24 Feb lalu dan menuduh Mahathir dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba melindungi Hadi dan Najib Razak juga kononnya Perdana Menteri itu menutup konspirasi beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia.

Laporan polis pertama dibuat di Tawau minggu ini oleh NGO tempatan dan sumber polis menyatakan Jufazli boleh dibawa ke Tawau Sabah.

Sementara itu komen-komen warganet mengalu-alukan tangkapan terhadap aktivis itu memandangkan keceluparan mulutnya sejak sebelum PRU14 lagi. 

 

10 Comments