Rupanya kereta terbang ‘bahan lawak’ dibina adik CEO Uzma Berhad kontroversi skandal Petronas!
17:03 Mar 29, 2019  |  By SabahKini2
Rupanya kereta terbang ‘bahan lawak’ dibina adik CEO Uzma Berhad kontroversi skandal Petronas!

Kereta terbang yang panas. Rupanya dibelakang ialah Kamarul Redzuan CEO Uzma Berhad yang kontroversi dengan skandal petronas baru-baru ini. Beliau juga pemegang saham dalam Aerodyne Group

 

 

Vector kereta terbang yang jadi bahan lawak

Baru-baru ini kecoh berkenaan isu model kereta terbang di Malaysia yang telah dipamerkan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima ’19). Dikenali sebagai Vector, kenderaan terbabit melakukan penampilan pertama di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) dan ia adalah hasil rekaan daripada Aerodyne Group.

Media melaporkannya sebagai Impian Malaysia mewujudkan kereta terbang pertama negara bakal menjadi kenyataan

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan kereta terbang yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan bukanlah cakap kosong apabila berjaya mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PM macam terperanjat dengan kereta terbang

Vector merupakan kereta terbang yang menggunakan sistem modular, yang mana kokpit kereta terbang ini boleh bertukar antara kokpit penumpang (manusia), kokpit kargo atau juga kokpit untuk sistem pengawasan (sekuriti).

Mohd Redzuan Yusof berkata, reka bentuk Vector yang dibangunkan khas untuk penggunaan di sektor pengangkutan dan pertanian dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan kereta terbang pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa.”

Bagaimanapun kereta terbang Vector ini akhirnya dikecam hebat oleh netizen dan dijadikan bahan lawak. Tak mungkin ia prototaip kereta terbang!

Menteri dan Aerodyne Group U-Turn.

Sedar dikecam akhirnya menteri dan syarikat Aerodyne Group menjelaskan perkara sebenar bahawa Vector bukan kereta terbang yang dimaksudkan oleh menteri itu.

Vector ini adalah kenderaan yang lebih cenderung kepada ‘dron bersaiz besar’ yang direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

Model Vector yang dipamerkan dalam pameran tersebut sebenarnya adalah konsep model berskala 1:10 sahaja dan bukanlah prototaip. Setakat ini, prototaip sebenar dijangka akan disiapkan pada akhir tahun 2019.

Marah dengan sikap rakyat Malaysia suka ‘troll’ Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof berkata “kalau tak gembira dengan kereta terbang, boleh pandu kereta buluh.” katanya Parlimen 

Menurut Redzuan, sokongan kerajaan terhadap projek “kereta terbang” secara swasta adalah bertujuan untuk membangunkan model insan di negara ini. “Ia untuk memberikan pendidikan pengetahun kepada mereka. Kita tak mahu kumpulan ini ketinggalan,” jelas beliau.

 

Aerodyne Group CEOnya Kamarul A Mohamed adik kepada Kamarul Redzuan Mohamed, UZMA Berhad yang kontroversi

Aerodyne Group disebut sebagai penyedia penyelesaian berasaskan dron Malaysia. Syarikat ini telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu.Ibu pejabatnya terletak di Petaling Jaya. Dikatakan beroperasi di 24 buah negara.

Kamarul Redzuan Pengarah Urusan/CEO Uzma Berhad yang kontroversi dengan skandal petronas baru-baru ini adalah abangnya yang juga pemegang saham dalam Aerodyne Group

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Uzma-Petronas:Siti Hawa Head Procurement (PDT) bakal ’dikambing hitamkan’? ]

Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad?

Kalau benar pun Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri  Redzuan Yusof memilih Aerodyne Group membangunkan kereta terbang bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana unsur  kontroversi itu memang ada pada pemilik Uzma Berhad selaku antara pemegang saham dalam syarikat itu.

Terus sapu. Petronas dah sapu ini di Kementerian Pembangunan Usahawan juga nak sapu…

2 Comments