Selepas ‘Baby’ bertatu dikecam, Pengerusi SPR mohon maaf hina orang Kelantan ’kaki clubbing’.
10:04 Apr 06, 2019  |  By SabahKini2
Selepas ‘Baby’ bertatu dikecam, Pengerusi SPR mohon maaf hina orang Kelantan ’kaki clubbing’.

Pengerusi SPR memohon maaf kepada pengundi Kelantan berhubung kenyataan disiarkan pihak media mengenai orang Kelantan 'Kaki Clubbing'.

PUTRAJAYA - Susulan kenyataan kontroversi terhadap pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri sebagai 'kaki clubbing' Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun tampil memohon maaf secara terbuka.

Tanpa mengulas panjang, Azhar Azizan berkata, pihaknya akan memberikan perkhidmatan mengikut peraturan undang-undang bagi memastikan urusan pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, telus, adil dan berintegriti.

"Saya selaku Pengerusi SPR dengan rendah diri memohon maaf kepada pengundi Kelantan berhubung kenyataan disiarkan pihak media sebelum ini berkaitan isu melibatkan pengundi di luar negeri itu," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Azhar pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat dia mendaftar sebagai pengundi walaupun tinggal di tempat lain.

Disebabkan perkara itu, katanya, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud, sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

 

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyatakan Azhar sepatutnya berkecuali daripada mengeluarkan kenyataan penghinaan berbaur politik kerana jawatan yang disandang.

Kenyataan itu turut mendapat kecaman dari orang-orang berasal dari Kelantan sebagai tindakan biadap.

Sebelum ini Azhar atau dikenali Art Harun itu berang apabila gambar anaknya Anna Suraya Azhar @ Baby (Instagram midsummeranna) ididedahkan sebagai keluarga liberal dan berfoya-foya dengan lelaki asing. Gambar berbikini dan seksinya disebarkan secara luas menunjukkan Art Harun gagal sebagai bapa seorang Islam mendidik anaknya. Lantaran itu sikapnya terhadap orang Kelantan dilihat tidak menghairankan.

[ARTIKEL BERKAITAN - ‘Baby’ bertatu berbikini ‘chubby’ mempopularkan Pengerusi SPR ]

 

2 Comments