Saiful Islam anak Menteri Pertahanan bakal didakwa di mahkamah kerana dadah
11:04 Apr 08, 2019  |  By SabahKini2
Saiful Islam anak Menteri Pertahanan bakal didakwa di mahkamah kerana dadah

Bagi kes anak Menteri Pertahanan disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia.Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah.

KUALA LUMPUR - Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, anak menteri pertahanan yang sebelum ini ditahan positif ganja  dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Dalam Negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja ]

[ARTIKEL BERIKAITAN- Anak saya positif dadah, isteri saya sayu dan sedih kata Mohamad Sabu ]

Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja

Kementerian itu berkata arahan untuk menuduh suspek telah diterima selepas kertas siasatan bagi kes tersebut dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

“Bagi kes anak menteri yang disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia.

“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Air kencing’ anak Menteri Pertahanan 1 hingga 3 bulan]

Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi serta sebab keputusan ujian air kencing seorang anak menteri mengambil masa yang lama.

Berkaitan tempoh masa untuk menyiapkan laporan, kementerian itu berkata ia terletak bawah bidang kuasa Jabatan Patologi, Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu, ia difahamkan tempoh masa untuk penyediaan laporan pengesanan sampel air kencing bergantung kepada jenis dadah dan jumlah sampel yang diterima untuk dibuat analisis. 

Sejak kes tangkapan anak Menteri Pertahanan itu 5 Januari lalu bermakna sudah 3 bulan kes itu belum didakwa di mahkamah.

 

2 Comments