Saksi tuduh 'nenek' beri rasuah RM850, tiada bukti Anifah beri wang kepadanya
12:04 Apr 10, 2019  |  By SabahKini2
Saksi tuduh 'nenek' beri rasuah RM850, tiada bukti Anifah beri wang kepadanya

Perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Parlimen Kimanis saksi-saksi tidak mempunyai bukti dokumen serta melihat sendiri Datuk Anifah Aman memberikan wang kepada mereka

KOTA KINABALU: Seorang saksi pemuda bekerja sendiri mengaku menerima rasuah RM850 daripada nenek lelakinya Hj Latip dan Hj Musa kononnya wang itu daripada Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Ariffin Arif pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei tahun lalu.

Mohd Rezza Akmal Namil 30, yang dipanggil sebagai saksi perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Parlimen Kimanis, di Mahkamah Tinggi mengaku tidak pernah melihat Datuk Seri Anifah memberi wang kepadanya atau Datuk Seri Anifah memberi wang kepada Haji Latif.



Dizaman PH ni nenek pun disebut atau didedah sebagai beri rasuah

Ketika sesi soalan balas oleh peguam Ansari Abdullah yang mewakili Anifah bertanya beberapa soalan

Ansari: Kamu kenal Hj Latip yang kamu  sebut  dalam kenyataan saksi

Rezza: Kenal

Ansari: Apa hubungan kekeluargaan diantara dengan Hj Latip?

Rezza: Nenek.

Ansari: Bagaimana kamu menerima wang daripada Haji Latip pada 8 Mei 2018 kerana Hj Latip telah dikejarkan ke hospital pada malam tersebut dan sebelum itu beliau mendapat rawatan sebagai pesakit di hopsital.

Rezza: Tidak

Ansari: Kamu setuju bahawa sekiranya benar kamu menerima wang RM200 daripada Haji Latip ianya satu dosa dalam agama

Rezza: Ya

Ansari: Ada kamu lapor kepada pihak polis atau SPRM tentang pemberian wang yang kamu katakan daripada Hj Latip?

Rezza: tidak

Ansari: Boleh  bagitahu  mahkamah  dimana  wang  RM200  yang  kamu katakan diberi oleh Hj. Latip dan RM650 yang kamu katakan diberi oleh

Rezza: sudah saya gunakan untuk keperluan harian

Ansari: Saya  katakan  bahawa  kamu  tidak mempunyai pengetahuan peribadi dengan melihat dengan mata kamu sendiri pemberian wang saguhati dan tambang yang kononnya daripada Datuk Anifah. Setuju?

Rezza: Tidak setuju

Ansari: sila beritahu mahkamah bila kamu melihat Datuk Anifah memberi wang kepada Hj Latip dan Hj Musa?

Rezza: Tidak Nampak, Cuma Hj Latip bagitahu duit yang RM200 dan RM650 adalah daripada Datuk Anifah dan Datuk Arifin.

Ansari: Bagaimana Hj Latip tahu tentang wang RM650 itu. Adakah dia ada pada masa kononnya wang diserahkan oleh Hj Musa?

Rezza: Hj Latip Cuma bagitahu yang wang RM200. RM650 claim tambang

Ansari: Boleh tunjukkan tiket yang kamu datang dari KL pada 08.05.2018 atau sebelumnya?

Rezza: Tidak ada

Ansari: Ada kamu miliki apa-apa dokumen untuk membuktikan kamu diberi wang RM200 dan RM650?

Rezza: Tiada ada dokumen.

Perbicaraan ini memanggil beberapa saksi namun setakat hingga kini saksi dipanggil mereka mengakui tidak pernah melihat Anifah menyerahkan wang kepada mereka  atau melihat orang lain menerima wang daripada Datuk Anifah malah tidak ada dokumen membuktikan Datuk Anifah memberikan wang kepada saksi-saksi itu.

Petisyen difailkan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang pada 18 Jun lalu, menamakan Anifah sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihanraya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Karim diwakili barisan peguam diketuai Frederick Chang Tyn Chi, manakala peguam, Faizal Sarbi dan Abdul Fikri Jaafar mewakili SPR.

 

 

 

1 Comment