Sikap ‘buli’ Taekwondo Malaysia terhadap MTA dan persatuan lain rugikan sukan taekwondo
18:04 Apr 11, 2019  |  By SabahKini2
Sikap ‘buli’ Taekwondo Malaysia terhadap MTA dan persatuan lain rugikan sukan taekwondo

Apa pencapaian terbaik Sukan Taekwondo Malaysia selain bergelut sesama sendiri hingga acara sukan Taekwondo digugurkan sukan teras MSN. TM pula hanya mahu membuli persatuan taekwondo lain.

 

Sukan seni mempertahankan diri taekwondo tidak pernah kering dengan kontroversi. Perbalahan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dan Taekwondo Malaysia ( TM) tidak pernah berakhir hingga kini.

Tiada yang tidak mengenali sejarah Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) badan itu sejak 1960 an lagi sehingga didaftarkan pada tahun 1972. Kejayaan MTA pada 1988 apabila memenangi 10 pingat emas dalam SEA Games. Bagaimanapun perebutan kuasa dan perbalahan sesama sendiri akhirnya meruntuhkan MTA.

Bermula tahun 2005 hinggalah 2009 Sejak Dato’ Sri Azalina Menteri Belia dan Sukan hinggalah kepada Dato’ Seri Ismail Sabri kemelut MTA tidak selesai sehingga Suruhanjaya Sukan membatalkan pendaftaran MTA sebagai sebuah badan sukan kerana didakwa menyekat kemajuan sukan itu.

Bermulanya titik hitam kepada MTA apabila pada tahun 2010 pertubuhan baru iaitu Taekwondo Malaysia (TM) diluluskan pendaftaran direstui KBS dan Majlis Olimpik Malaysia(MOM) untuk mengambil alih peranan badan asal mengendalikan taekwondo di Malaysia. Persekutuan Taekwando Dunia (WTF) diarah menyokong TM sebagai badan diiktiraf baru oleh kerajaan walaupun WTF sejak sekian lama bersama MTA.

Menggunakan ‘kabel-kabel’ besar dalam kerajaan, badan sukan dan kerabat diraja sejak itu Taekwondo Malaysia (TM) membuli MTA. Sekalipun MTA menang kes di mahkamah tinggi pada tahun 2012 meneruskan tugas menyelaras taekwondo di Malaysia namun tidak bertahan lama apabila pada tahun 2014 MTA tewas kepada TM.

Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Nazifuddin Najib pernah memimpin Taekwondo Malaysia

Maklumlah Presiden Taekwando Malaysia ialah Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) ketika itu. Tentunya KBS dan MOM amat sukar untuk berkecuali. Ia selepas itu terus dipimpin oleh Mohd Naziffudin Najib sekali lagi tiada siapa yang berani menentangnya.

Kini selepas Senator Datuk Seri SA Vigneswaran Presiden Taekwondo Malaysia dipimpin oleh anak bekas Ketua Menteri Sarawak, Azizul Annuar Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.


Berakhirkah kemelut MTA dan TM?

Pada tahun 2016 Presiden MTA Raja Taharuddin Raja Dato’ Nong Chik membuat keputusan Persatuan Taekwondo Malaysia MTA tidak mahu lagi memanjang isu pertelingkahan dengan Taekwondo Malaysia TM sehingga turun naik ke mahkamah.

MTA nekad mensasarkan pelan jangka panjang pembangunan atlet mereka sejak tahun tersebut.

Presiden MTA Raja Taharuddin Raja Dato’ Nong Chik ketika itu berkata terus fokus kepada pembangunan sukan

Namun ia tidak pernah mengakhiri sikap TM membuli MTA badan asal sukan taekwondo itu. Atlet-atlet MTA yang bagus dalam sukan dihalang bertanding di semua kejohanan taekwondo atas alasan semua persatuan taekwondo perlu berdaftar dengan TM jurulatih juga dari TM.

Pada 12 Disember 2017 ketika YB Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Belia dan Sukan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN menggugurkan tiga sukan dalam MSN iaitu angkat berat, sepak takraw dan taekwondo kerana prestasi tiga sukan tersebut yang gagal menunjukkan peningkatan, malah sebaliknya berdepan dengan pelbagai masalah kemelut kepimpinan dalam persatuan.


Taekwondo Malaysia (TM) yang terkejut dengan pengguguran taekwondo daripada senarai 19 sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN menggambarkan keputusan Khairy tanpa mengetahui hal sebenar dan menuduh dalangnya adalah Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA). Wal hal keputusan Khairy jelas badan sukan seperti TM gagal dalam prestasi sukan taekwondo. Apa pencapaian Taekwondo terbaik selepas 2014 TM monopoli hal Taekwondo? Pengguguran Taekwondo jelas adalah cermin badan sukan NGO TM itu. 

Pada 19 Disember 2017 sekali lagi TM cuba membuli MTA dan badan sukan taekwondo lain apabila  Presiden Taekwondo Malaysia, Datuk Seri SA Vigneswaran menyeru dan merayu Kementerian Belia dan Sukan agar menyelesaikan isu kewujudan persatuan taekwando yang tidak berdaftar dan tidak diiktiraf. TM bertegas hanya melalui TM saja atlet layak bertanding dan diiktiraf. Mereka lupa MTA siapa sebelum mereka.

 

Kuasa Majlis Sukan Negeri

 

Datuk Low Beng Choo

Keputusan KBS menggugurkan taekwondo telah memberi tekanan kepada TM. Mereka fikir mereka NGO sukan sangat berkuasa seperti sebelum ini. Mereka ingat 'Kabel' mereka kuat. TM tidak lagi dilindungi siapa -siapa. Khairy Jamaludin pun berani menyahkan TM. Sekalipun sukan Taekwondo akhirnya dibenarkan semula bertanding dalam Sukma Perak 2018 tetapi telah meletakkan syarat sukan taekwondo mesti memberi peluang kepada atlet bukan daripada persatuan Taekwondo Malaysia (TM) melalui proses pemilihan mewakili negeri.

Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Khas, Sukan Malaysia (Sukma), Datuk Low Beng Choo, Taekwondo Malaysia (TM) dan pihak persatuan negeri perlu diselesai segera.

Isu berhubung penggunaan logo dan jurulatih yang hanya di bawah tauliah TM ini menyusahkan dan tiada dalam kamus MSN.

"Kami tidak menetapkan peraturan sebegitu, bukan sahaja untuk taekwondo, bahkan semua jenis sukan. 

"Penyertaan ini adalah menerusi Majlis Sukan Negeri dan langkah ini telah diterima pakai oleh semua sukan.

 

Terus membuli MTA dan Persatuan taekwondo lain

Lihat saja pada Kejohanan Taekwondo Master Asia Pasifik (APMG) 2018 di Pulau Pinang 7-15 September 2018. MTA kesal dengan sikap berdiam diri serta sikap TM membuli MTA dan persatuan lain. Pertandingan dibuka kepada rakyat Malaysia tetapi hakikatnya tidak.

Penganjur APMG bukan TM tetapi penyertaan peserta hanya terhad kepada AHLI TM SAHAJA. Peraturan pula apa yang ditetapkan TM. Peraturan apa mereka gunakan sedangkan Majlis Sukan Negara pun memaklumkan tiada peraturan sukan seumpama itu bagi acara sukan. Hal seumpama inilah yang membantutkan perkembangan Taekwondo di negara ini.

Setiausaha Agung MTA kesal sikap penganjur APMG dan Taekwondo Malaysia

 

Cadangan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dan persatuan lain

MTA  adalah badan asal penyelaras taekwondo di Malaysia. Sekalipun Taekwondo Malaysia (TM) mendapat hak baru selepas ditubuhkan 2010 ia tidak sewenang-wenangkan membelakangkan MTA. Membuli MTA dan Persatuan lain yang tidak berdaftar atau bernaung kepada Taekwondo Malaysia (TM) bukanlah jalan penyelesaian untuk memajukan sukan taekwondo.

 

Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) Dato’ Sri Nik Aswan Bin Nik Abdul Aziz yang baru misalnya lebih banyak fokus kepada penganjuran sukan Taekwondo dan menyertai pertandingan sukan. 


Dato’ Sri Nik Aswan Bin Nik Abdul Aziz ketika merasmikan pertandingan Taekwondo

Bagaimanapun Dato’ Sri Nik Aswan Bin Nik Abdul Aziz melihat satu penyelesaian lebih menyeluruh diambil kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan untuk mengembalikan Sukan Taekwondo di Malaysia lebih cemerlang.

Lantaran itu beberapa cadangan telah diterima pelbagai pihak yang lebih adil dan menguntungkan semua pihak bukan sahaja kepada TM. MTA, persatuan taekwondo lain dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

PROPOSAL TO UNIFY ALL TAEKWONDO GROUPS IN MALAYSIA FOR SELECTION OF BEST ATHLETES TO REPRESENT THE COUNTRY

It has been exactly 30 years past the peak of Malaysian Taekwondo history in which Malaysia won 10 Gold medals in the XV SEA Games held in Kuala Lumpur in 1989. Ever since then, Malaysian Taekwondo never performed up to the expectation of the National Sports Council as well as the Olympic Council of Malaysia in winning gold medals in multi-sport events. The situation has become worse today when there are many national bodies of various Taekwondo groups in existence in the country which do not recognize each other in terms of their development programs, technical qualifications, etc. The worst scenario seen today is one national body (namely Taekwondo Malaysia, TM) controls all the resources of Taekwondo competition in multi-sport events such SUKMA, SEA Games, Asian Games & Olympic Games. Not only this body is controlling the competitions, but also discriminating & preventing other Taekwondo athletes not under this association from representing their states & the country in the above-mentioned Games. Even some government agency who has been collaborating with them in controlling other to do their activities. This is an act of ‘hindering development of sports” under article 20 (e) the Sport Development Act 1997. And the IOC Motto is “Sports for All”.

The above situation has reached an alarming stage today in which if no change in the current way how Taekwondo competitions in the country is run & how the athletes are selected, the future of Taekwondo in Malaysia will definitely be jeopardized.

In view of the urgency of the current scenario in Malaysian Taekwondo & from the passionate hearts of all the Taekwondo lovers in the country, we seek the assistance from the New Government to bring Malaysian Taekwondo back to the right track.

With the above reasons, we propose as below:

  1. All the selection of athletes & the competitions for the selection to be organized by the Government. All the Taekwondo groups must be allowed to participate in the selection so that the Government can select the best to represent the state & the country. Not only for the elite team, the backup team members must be also from the selection of the bests among all groups.
  2. On the selection of athletes, all groups must be given a fair chance & the process of selection has to be transparent. The best way is the selection board to be headed by the personnel from the Government (eg. via National Sports Council) & have representation from all groups in the board.
  3. The Coaching team also needs to be appointed by the Government for training the athletes after the selection. Only the coaches appointed by the Government are neutral & not bias towards any association.
  4. And for the exposure competitions, various Taekwondo groups can still organize their competitions, but they need to extend the invitation to other groups for the bests to take part so that everybody can work hand in hand in bringing up the level of Taekwondo in the country.
  5. When come to multi-sport events such as SUKMA & SEA Games, the judges MUST be selected from various groups as long as they have the qualification. This is another way to make the competition a fairer avenue to groom the talents & potentials.

If the Government can help in the above proposals, we believe the Malaysian Taekwondo will slowly gain back its glory and will be a force to be reckoned with in the future.

 

8 Comments