Mesej 'Gila Seks' Pegawai Khas Menteri Perumahan 'Budak Adam Rosly' terdedah
19:04 Apr 12, 2019  |  By SabahKini2
Mesej 'Gila Seks' Pegawai Khas Menteri Perumahan 'Budak Adam Rosly' terdedah

Dulu Adam Rosly 'Disneyland' jadi kambing hitam. Kini Pegawai Khas Zuraida 'Budak Adam' pula terdedah mesej "Gila Seks'nya. Macam-macam ada dalam PH termasuk skodeng skirt.

Warganet mesti masih ingat kes Ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly pemilik rumah ‘Disneyland’ Ampang yang dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan ke atas 26 April 2018 di samping denda RM30,000, atas tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa dimilikinya pada 2017.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adam Pembiaya Kempen Zuraida Ampang Didapati Bersalah ]

Adam Pembiaya Kempen Zuraida Ampang Didapati Bersalah

Begitulah kesudahan kisah Adam Rosly pembiaya utama kempen Zuraida Kamaruddin yang akhirnya menjadi kambing hitam. Kesnya belum selesai lagi kerana pertuduhan lain bakal didakwa dibawah Seksyen 89 AMLATFAPUAA 2001 dan Akta SPRM 2009

Warganet mesti ingat juga kisah Zuraida Kamaruddin dengan kenderaan mewahnya sebelum menjadi menteri. Adam Rosly jugalah antara pembiayanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Zuraida bohong kereta mewah miliknya 'taukeh' beri ]

Terbukti Zuraida bohong kereta mewah miliknya 'taukeh' beri

Kali ini muncul pula isu Pegawai Khas Zuraida Harris Idaham Rashid (Dulu timbalan AMK Ampang di zaman Adam) kini Pegawai Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Boleh jadi Adam menempatkannya sebagai proksi Adam di KPKT.

Adam Rosly dan Harris bagai aur dengan tebing

 

Dilaporkan pegawai khas Zuraida yang kacak ini terlibat dengan gangguan mesej lucah yang diterima oleh seorang individu wanita di media sosial.



Setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh wanita terbabit kerana gangguan seksual terhadap Pegawai Khas Menteri Perumahan itu.

Bagaimanapun Harris Idaham Rashid ada memberikan nombor telefon bimbit kepada wanita tersebut untuk hubungan lebih panjang. Boleh lihat mesej-mesej pegawai berkenaan yang jelas gangguan seksual dan suatu ajakan terhadap wanita.

Agaknya apa tindakan YB Zuraida terhadap pegawai ‘Gila Seks’nya di Kementerian itu? Adakah beliau meminta letak jawatan atau memohon maaf? Apakah ini sebenarnya sikap budak-budak Adam Rosly yang berkhidmat dengan Zuraida?

Adam Rosly yang pernah dikaitkan dengan pinjaman Ahlong RM500,000 dan penipuan siasatan SPRM kini mempunyai akses lebih besar di KPKT melalui Harris Idaham Rashid Pegawai Khas apabila cuba membawa taukeh-taukeh cina syarikat Ahlong untuk mendapat lesen syarikat pinjaman wang dan pajak gadai dengan bayar rasuah setinggi RM350 ribu satu lesen. Lumayan..

 

2 Comments