Selepas serang Dr Mahathir kini Jufazli Juju berjanji dedah bongkar rasuah Shafie Apdal
16:04 Apr 13, 2019  |  By SabahKini2
Selepas serang Dr Mahathir kini Jufazli Juju berjanji dedah bongkar rasuah Shafie Apdal

[VIDEO] Juju mempersoalkan mengapa Dr Mahathir melindungi kes rasuah Shafie Apdal sebelum PRU14 lalu.Sepatutya didakwa bukan arah AG tarik balik kes.

Selepas Jufazli Shi Ahmad atau Juju ditangkap polis pada 18 Mac 2019 lalu di rumahnya Cheras kerana memaki, menghina dan menyerang Dr Mahathir Mohamad di media sosial kini Juju tampil dengan video baru menyerang Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Jufazli 'gila' meronta ditahan polis di Cheras kerana hina Dr Mahathir ]

(VIDEO) Jufazli 'gila' meronta ditahan polis di Cheras kerana hina Dr Mahathir

Aktivis berusia 31 tahun dari Sandakan Sabah berkata beliau tidak takut dengan anggota polis dan Dr Mahathir yang mengarahkan polis menangkapnya.

Juju mempersoalkan mengapa Dr Mahathir melindungi kes rasuah Shafie Apdal sebelum PRU14 lalu.

“Saya mahu tanya Dr Mahathir, Peguam Negara dan institusi kehakiman mengapa Dato’ Seri Shafie Apdal, Azis Jamman, adik beradiknya dan Menteri Kabinetnya yang ditangkap SPRM tetapi diberi keistimewaan tidak didakwa”. katanya dalam video berdurasi 42 saat yang tular dalam laman sosial.

Bagus Juju akan mengingatkan kisah lama

Jufazli turut mengingatkan Shafie Apdal dan Azis Jamman tentang janji mereka sebelum menang PRU14 bahawa jika Warisan menang banyak peluang pekerja diberikan.

“Jika menang pulang kau ke Sabah ada banyak pekerjaan, tetapi sehingga kini peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Warisan, Pakatan Harapan dan Kroni Shafie Apdal adalah sangat terhad, dasar pekerja asing terus diutamakan kerajaan Sabah”.

“saya berjanji akan terus mendedahkan kes rasuah Shafie Apdal selagi dia terus bersekongkol dengan Dr Mahathir”. Katanya.

Sebelum ini terdapat laporan polis terhadap individu menghina Shafie Apdal apakah selepas ini Jufazli Juju akan diarahkan tangkap oleh Shafie dan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN? Warganet pasti menunggu perkembangan baru tindakan terhadap Jufazli Juju.

Sabahkini2 mencadangkan Jufazli Juju membangkitkan isu rasuah kes Risda dan Michael P Ubu. Kes ini belum ditutup yang melibatkan pencurian RM15.5 juta deposit duit tanah Risda.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie ingatkan GLC Sabah elak rasuah tetapi kes RISDA Micheal Ubu 'Pencuri' bagaimana? ]

Shafie ingatkan GLC Sabah elak rasuah tetapi kes RISDA Micheal Ubu 'Pencuri' bagaimana?

 

 

7 Comments