(VIDEO) Petugas PH biadap dan melampau terhadap polis dikutuk rakyat
07:04 Apr 14, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Petugas PH biadap dan melampau terhadap polis dikutuk rakyat

Beribu komen dan perkongsian laman sosial mengecam petugas PH 'Geng India Dr Streram' kerana melampau memeriksa kenderaan polis seolah-olah mereka lebih berkuasa dari polis. Sambil bertegas 'Kami ada kuasa".

KUALA LUMPUR 14 April – Tindakan beberapa petugas Pakatan Harapan (PH) penyokong Streram yang memeriksa kenderaan polis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam dianggap melangkaui batas selain mencabar kewibawaan pasukan keselamatan itu.

Tangkap layar di facebook Friend of PDRM telah ditonton lebih dari 145ribu pengguna sosial dan menunjukkan lebih 2000 komen netizen mengutuk tindakan petugas PH itu yang bersikap biadap dan melampau.

.

Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis boleh mengambil tindakan dan berkuasa untuk mengambil butir-butir mereka yang terlibat.

“Polis kena ambil tindakan. Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Negeri perlu mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini,” katanya 

Bagaimanapun petugas PH itu bertegas mereka berkuasa untuk memeriksa termasuk anggota polis. 

"kami ada kuasa".

 PDRM perlu menyiasat, memanggil mereka ke balai kerana sikap biadap mereka.

Samseng 1

 

Samseng 2

Samseng 3

1 Comment