Anak Mat Sabu dan Pegawai ‘kaki skodeng’ masih bebas, kini petugas PH ‘terlampau’ akan didakwa?
15:04 Apr 14, 2019  |  By SabahKini2
Anak Mat Sabu dan Pegawai ‘kaki skodeng’ masih bebas, kini petugas PH ‘terlampau’ akan didakwa?

Setelah tular 5 lelaki india itu ditangkap dan disiasat. Apakah mereka akan didakwa oleh Peguam Negara?

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian Parti Pakatan Harapan (PKR) yang bertindak  biadap menahan dan memeriksa kereta peronda polis semasa hari memgundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau semalam.

(VIDEO) Petugas PH biadap dan melampau terhadap polis dikutuk rakyat

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Petugas PH biadap dan melampau terhadap polis dikutuk rakyat]

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis telah menerima satu laporan polis tentang kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.

“Jika disabitkan kesalahan,individu terbabit boleh dipenjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang seseorang dengan salah dan boleh diambil tindakan penjara sehingga sebulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari, ini.

Abdul Hamid berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dengan menghalang mana-mana penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi.

“Sila laporkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang maklumat yang menjurus kepada pelanggaran undang-undang dan jangan sesekali mengambil tindakan di tangan sendiri,” katanya.

Kejadian berkenaan berlaku di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau dan video insiden itu tular di media sosial.

 

Tindakan melampau



Turut mengesahkan Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop yang turut kecewa dan merasa terhina dengan tindakan petugas PH itu berkata polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“MPV itu tidak memasuki kawasan sekolah, sebaliknya berhenti di luar pagar bagi mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan.

“Kemudian datang lima lelaki mendakwa anggota kami membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, dua anggotanya sepatutnya tidak membenarkan pemeriksaan namun, melakukannya bagi mengelak berlaku kekecohan.

“Apabila bonet kereta dibuka, hanya peti ubat dan peralatan keselamatan sahaja yang ada. Kami harap tindakan itu memuaskan hati mereka.

“Saya tegaskan polis hanya mengiringi kenderaan lain, bukan membawa lebihan kertas undi. Polis juga tidak dapat melakukan tangkapan kerana jumlah penyokong mereka begitu ramai," katanya.

 

Muhyiddin Yassin arah PDRM ambil tindakan

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu penyokong PH bertindak memeriksa kenderaan polis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Katanya, tindakan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

"Laporan polis telah dibuat mengenai kejadian ini. Saya ingin meminta semua pihak supaya patuh kepada undang-undang.

"Saya juga ingin mengingatkan penyokong parti politik dan orang ramai agar mematuhi undang-undang setiap masa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Bakal didakwa di mahkamah?

Berdasarkan apa yang berlaku terhadap kes Adib, kes dadah anak Menteri Mat Sabu dan juga kes ‘Kaki Skodeng’ Mohd Farish Pegawai Khas Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri ada kemungkin kesalahan petugas PH ini juga akan dilengahkan oleh Peguam Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN -Saiful Islam anak Menteri Pertahanan bakal didakwa di mahkamah kerana dadah ]

Saiful Islam anak Menteri Pertahanan bakal didakwa di mahkamah kerana dadah

 


[ARTIKEL BERKAITAN - Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa? ]

Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?

Fakta kes di sekelilling kita melibatkan Pakatan Harapan dan keluarga pemimpin PH setakat ini tidak pernah didakwa malah dilewatkan sehingga lebih 3 bulan.

Apatah lagi yang terlibat kali ini petugas Pakatan Harapan keturunan India yang sama dengan kes Adib pastinya akan dilindungi oleh Peguam Negara.

“Setakat hingga hari ini polis melaksanakan segala tugas mereka dengan baik sehingga kepada siasatan kes dan jika dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara pastiya akan sangkut di sana”. kata Omar seorang pengguna facebook.

Pastinya selepas ini para peguam PH akan membela 5 lelaki India berlagak samseng yang berkata mereka berkuasa terhadap polis termasuk tentera itu.

 

 

2 Comments