Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar
01:04 Apr 15, 2019  |  By SabahKini2
Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar

Shafie Apdal punya rumah mewah berjuta termasuk di London RM53 juta. Rakyat Sabah dapat apa? Harga barang terus naik, kos hidup meningkat, bantuan dipotong dan rakyat hidup susah. Kroni berleluasa

Sebelum PRK Rantau PH sibuk mendedahkan rumah Tok Mat di London berharga RM10 juta. RPK pula mendedahkan dua apartment Azmin Ali di London berharga RM100juta.

Namun menjelang PRK Sandakan mari kita ingati kekayaan rumah Shafie Apdal yang juga pernah direkodkan dalam siasatan SPRM. Sekalipun kisah rasuah Shafie Apdal itu ditutup oleh Menteri Dari mana ShWarisan VK Liew dan peguam negara tidak bermakna rasuah dan kekayaan Shafie Apdal itu tidak benar. Masanya akan tiba ia pasti diungkit semula.

Dua artikel Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan selain rumah di Kota Kinabalu Shafie juga memiliki Rumah Banglo mewah 3 tingkat di Hartamas Heights. N0.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur berharga RM13 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN - Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Sabah Menangis Melihat Rumah Mewah RM13 juta Shafie Apdal! ]

 

Setakat ini Shafie Apdal tidak  pernah menafikan rumah banglo ini atau mencabar pihak tertentu termasuk polis menyiasat dakwaan itu. SPRM juga mempunyai maklumat ini. Persoalannya dari mana Shafie memperolehi kekayaan ini? Kisah rasuah Shafie Apdal sehingga ditangkap SPRM bukan kisah dongeng ia kisah benar dari bekas Menteri KKLW yang gelojoh.

Kali ini Sabahkini2 mendedahkan Apartment mewah milik Dato’ Seri Shafie Apdal di N0.5 Albion Street London berharga £9,950,000.00 atau RM53 juta.

N0.5 Albion Street London 

 

Semakan dalam Google Map kedudukan Albion Street London kawasan mewah

Harga rumah £9,950,000.00 atau RM53 juta.

Beliau memiliki rumah ini sejak menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) (sekarang KPDNHEP). lagi (31 Mac 2004 – 17 Mac 2008). Menurut sumber rapat Shafie, rumah ini diberi oleh Tan Sri Mohammad Salim Fateh Din bekas Pengarah Urusan Kumpulan MRCB.

Tan Sri Salim adalah Pengerusi Bukan-Eksekutif bagi GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat bagi Dairy Farm International Holdings Ltd. yang mengurus rangkaian Pasaraya Giant, Guardian dan Cold Storage. Beliau juga bertanggungjawab merekayasa semula proses pusat pembahagian yang moden bagi Pasaraya Giant di Sepang. 

Shafie dan GCH Retail tidak dapat dipisahkan saling membantu sebagaimana Salim dan GCH

 

Beliau adalah Pengarah Urusan Gapurna Sdn. Bhd. dan adalah Ahli Lembaga Pengarah kumpulan syarikat Gapurna. Salim merupakan pemegang saham tunggal kedua terbesar dalam MRCB dengan 16.6% selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 34.87%. 

Melalui Gapurna MRCB dapat menjalin kerjasama dengan GCH Retail sejak 10 tahun lalu dengan pelbagai projek  seperti pusat pengedaran di Sepang bernilai RM125 juta pada 2009 selain membina 12 cawangan Giant di seluruh negara bernilai lebih RM500 juta.

Begitulah akrabnya Tan Sri Salim dengan Hypermarket Giant dan GCH Retail yang menghubungkan Shafie Apdal. Malah sumber rapat Shafie pernah menyebut isteri Shafie, Datin Seri Shuryani Shuaib pernah dinamakan dalam syarikat GCH Retail itu.

Bukan itu sahaja seorang anak perempuan Shafie Apdal yang belajar di London pernah praktikal di syarikat berkaitan Giant itu. Anda boleh mencari sendiri pencapaian Giant di zaman Shafie Apdal sebagai Menteri.

Jadi tidaklah menghairankan jika Tan Sri Salim yang banyak dapat projek dengan GCH (Giant) boleh beri rumah bernilai RM53 juta ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.

 

 

Shafie beri Projek Zahida Rafik di KPDNK

Melalui syarikat Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A) diasaskan Zahida atas kasih sayang Shafie Apdal sejak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) Shafie memberikan projek Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie Apdal Kayakan Zahida Rafik Berbanding Rakyat Sabah? Kini Terjawab PRU-14 ]

 

Noble Benchmark

 

Lembaran Putih Sdn Bhd

 

Noble Benchmark milik Zahida pernah diberi projek 2 buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Maka Kes wang dilarikan oleh pemandu Zahida tahun 2012 itu serta kemasukan wang haram ke dalam akaun Zahida RM1.5 juta adalah benar belaka.  Mahkamah juga memutuskan Zahida menang kes wang yang dilarikan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan ]

Oleh itu segala pemberian Shafie kepada Zahid Rafik seperti kereta mewah, rumah dan wang tunai adalah benar belaka. Oleh itu tuduhan Zuraida Kamaruddin mengenai wang haram Zahida dan Shafie tidak boleh dipertikaikan. 

Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan

 

 

Semua kehendak Zahida ditunaikan

 

Kepada rakyat Sabah jika Shafie Apdal menyeru anda jangan melakukan rasuah serta jangan mengaut kekayaan itu bererti dia hanya menyindir diri sendiri. Hakikatnya dia dan keluarganya kaya raya.

 

16 Comments