‘Tanpa jambang’ Musa Aman hadir sidang dun kali pertama
13:04 Apr 16, 2019  |  By SabahKini2
‘Tanpa jambang’ Musa Aman hadir sidang dun kali pertama

Beliau tiba sebelum sidang bermula pukul 10 pagi tadi dan disambut oleh wakil-wakil rakyat yang terdahulunya dari Umno dan juga Barisan Nasional serta para penyokong.

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan DUN Sabah hari ini.

Adun Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya Adun Umno di Sabah yang tinggal selepas semua rakan seperjuangannya berpaling kepada PPBM.

Beliau tiba sebelum sidang bermula pukul 10 pagi tadi dan disambut oleh wakil-wakil rakyat yang terdahulunya dari Umno dan juga Barisan Nasional serta para penyokong.

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke 2 sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi Adun terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 September tahun lalu.

Musa kemudian mengambil tempat duduk di bahagian pembangkang bersebelahan dengan Adun Tambunan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Musa kelihatan sihat dengan penampilan baru tanpa jambang seperti sebelum ini berbanding ketika beliau datang untuk mengangkat sumpah dan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab dengan mengemukakan soalan tambahan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet lain

4 Comments