Shafie Apdal ke China untuk 'Jual Sabah'?
19:04 Apr 20, 2019  |  By SabahKini2
Shafie Apdal  ke China untuk 'Jual Sabah'?

Dulu apa saja lawatan Najib, Shafie dan PH mengutuknya sebagai menjual Malaysia dengan China. Kini Shafie ke China

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, melakukan lawatan kerja lima hari ke China bersama delegasi perdagangan dari negeri ini, kata Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shafie diiringi isteri Datin Seri Shuryani Shuaib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau, yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah serta 32 ahli perniagaan yang mewakili pelbagai industri di Sabah.

Delegasi perdagangan dari Sabah, yang pertama diketuai Mohd Shafie sejak beliau mengambil alih sebagai ketua menteri, tiba di Nanchang, Wilayah Jiangxi, hari ini, dan mengunjungi Gabenor Wilayah Jiangxi, Li Yianhong selepas majlis makan tengah yang dihoskan oleh wilayah itu sebelum melawat ibu pejabat Jiangxi Copper Corporation.

Esok, Mohd Shafie dan delegasi akan menuju Shenzen untuk melawat Kilang Xinyi Glass Holdings Ltd di Dongguan, dan syarikat China itu bersetuju untuk melabur di kilang pembuatan kaca di Sabah.

Selepas itu, mereka akan melawat pejabat dan kilang Huawei.

Selasa ini, Mohd Shafie akan menyampaikan ucaptama mengenai Peluang Perdagangan dan Pelaburan di Sabah, yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah dan Biro Perdagangan Shenzhen.

Beberapa Memorandum Persefahaman antara syarikat Sabah dan pelabur China dijangka dimuktamadkan.

Mohd Shafie akan berlepas pulang pada Rabu ini. 

 

1 Comment