Rasuah balak Taikun LLT, SPRM siasat Pengarah Perhutanan Pahang
10:04 Apr 21, 2019  |  By SabahKini2
Rasuah balak Taikun LLT, SPRM siasat Pengarah Perhutanan Pahang

Pendedahan MalaysiaChoice mengenai Rasuah Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang dikatakan rapat dengan taikun balak LLT. Hizamri dikatakan melobi menjadi Ketua Pengarah Perhutanan namun...

 

[ARTIKEL MALAYSIACHOICE] Tak lama baru saja memulakan tugas tahun lalu 2 Januari 2018, Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin sudah berkawan rapat dengan taikun cina balak Pahang terkenal Liew Leong Tat Pengarah urusan LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Pasukan pelobi Pengarah Perhutanan Negeri Pahang sudah sebulan lebih awal memilih Hizamri.  Peranan taikun balak di belakang tabir pelantikan tidak boleh dipertikai. Taikun balak menggunakan pengaruh dan ‘kabel’ besar menentukan seseorang Pengarah agensi negeri.

Siapa tak kenal Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin bekas Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Pembangunan) yang kontroversi ini. Lihat saja kes-kes SPRM melibatkan Jabatan Perhutanan Perak tahun lalu dan sebelumnya. Jabatan Perhutanan Perak dan Terangganu memang sentiasa kontroversi begitu juga Pahang namun biasanya Pahang sentiasa ditutup.

Siapa tak kenal Liew Leong Tat yang kini menjadi raja balak Pahang. LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd menguasai lebih 40 ribu ekar kawasan balak termasuk 5000 ekar kawasan tadahan air dan hutan Simpan Belum sempadan Pahang/Perak.  Bukan itu sahaja Liew Leong Tat juga menguasai Lombong Bauksit Pahang. Beliau merupakan bendahari  Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP).

LLT adalah Bendahari PPMNP. Mineral sapu, balak juga sapu

Siapa Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang pun Liew Leong Tat akan mengawalnya.  Sumber memaklumkan sebulan sebelum pelantikan Mohd Hizamri Mohd Yasin satu rombongan ke Jakarta dibuat untuk menentukan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Taikun-taikun balak dan LLT telah memilih Hizamri sebagai kuda baru di Pahang bagi meneruskan misi monopoli balak di Pahang.   

CSR LLT hanyalah wayang mengaburkan orang kampung

Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin kini sentiasa dalam telunjuk Liew Leong Tat (LLT). Lewat masuk pejabat hari-hari minum bersama LLT. Siapa berani tegur kononnya dia ada ‘kabel besar’. Lawatan ke Indonesia ditaja oleh LLT malah anaknya belajar di Australia dilaporkan juga ditaja oleh LLT.

Taukeh balak lain seperti Ah Yung, Jason, Tan Sri Lam Seng (Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pahang) jika datang ke pejabatnya akan dilayan istimewa. Tak perlu menunggu lama terus berjumpa dalam biliknya walaupun sudah ada temujanji yang telah diatur lebih awal oleh rakyat biasa. Rakyat menunggu berjam-jam bila taikun-taikun itu datang.

Paling memalukan seluruh warga Staf, pegawai tinggi kerajaan, Exco dan rakyat Pahang tahu perangai Hizamri Pengarah Perhutanan Negeri Pahang ini.

Anak belajar di luar negara dilanggung oleh Liew Leong Tat

Lihat saja cara hidup mewahnya. Semua ditanggung. Golf luar negara, cuti, lawatan kerja, jam tangan mewah bertujar-tukar dan sebagainya. Kalau luar negara tiada yang lain Liew Leong Tat


Jam tu AP atau Hublot?  harganya tidak murah ratusan ribu.

Tiada rahsia. Tanya saja kepada staf Jabatan Perhutanan Negeri Pahang semua tahu hubungan Dato’ Dr. Mohd Hizamri siapa taukeh besar balak di belakangnya.  Segala program taukeh balak LLT tak pernah tak hadir. Wajib hadir.


Boros- Ubahsuai pejabat, tandas khas dan tabung perhutanan

Hizamri adalah Pengarah Perhutanan Negeri yang boros. Ubah suai Pejabat Pengarah perhutanan termasuk pembinaan tandas khas untuknya  saja membelanjakan ratusan ribu. Sejak berpuluh tahun yang lalu juga pengarah bersilih ganti tiada masalah pengarah menggunakan tandas bersama staf yang lain.  Tiada perbezaan tetapi Hizamri ini jenis VIP.  Tandas khas itu saja mencerminkan siapa dirinya.

Tidak seperti Pengarah lain beliau sangat  boros, beliau sewenangnya menggunakan “Tabung Perhutanan” untuk perbelanjaan lawatannya. Belum masuk wang taukeh taikun balak LLT dan geng-geng balak yang lain.

Hizamri berbangga dengan  Operasi Bersepadu, Sekatan Jalanraya Sempadan Negeri, Ops Lombong atau membanteras kesalahan hutan yang melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) semasa operasi kawasan kelulusan (lesen atau permit) tetapi kalau syarikat milik Liew Leong Tat atau Tan Sri Lam Seng dia pejam mata. Ulasan terbaik buat LLT bagi 5000 ekar kawasan tadahan air dan hutan Simpan Belum sempadan Pahang/Perak.

Penguatkuasaan perhutanan Pahang juga lemah. Lihat aduan dalam facebook ini mengenai Bantahan Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu,Jerantut.PAHANG

Rakyat sedang marah kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Apa dia buat? pastinya ini semua rangkaian geng-geng LLT juga. 


Protes masyarakat tempatan


Orang kampung dah marah, panas, tension tetapi pengarah Jabatan Hutan sibuk minum bersama LLT untuk faraid kawasan balak

 

 


Ya dia pernah ke Jerantut Pahang tapi dia tak kisah kepada pegawainya yang tak melaksanakan tugas kerana kelulusan semua projek balak tu ulasannya adalah dari Hizamri Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Nanti dia pura-puralah hantar pegawai melawat kawasan dan melaporkan kepadanya

Demi kebaikan rakyat dan menyekat kroni ada baiknya Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memindahkan saja Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin. Dia hanya mengenyangkan dirinya tetapi merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Next..

Kita akan dedahkan Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin menerima wang rasuah untuk mengenyangkan dirinya. Ia termasuk bukti-bukti penerimaan wang, gambar dan dokumen berkaitan.

Kita difahamkan SPRM sedang menyiasat dan memantau Mohd Hizamri ini kerana terdapat aduan rasuah terhadapnya. Apakah SPRM akan bertindak? Itupun kalau biji SPRM tak kena pegang oleh taikun-taikun balak itulah.

By- Orang Pahang 

 [Malaysiachoice.wordpress.com]

3 Comments