Tengku Maimun Ketua Hakim Negara, Anwar tidak mungkin PM 8
21:04 Apr 21, 2019  |  By SabahKini2
Tengku Maimun  Ketua Hakim Negara, Anwar tidak mungkin PM 8

Dalam kes liwat 1 Tengku Maimun adalah Hakim yang bersetuju Anwar adalah Gay Homoseksual. Jika Dr M mahu menghalang Anwar sebagai PM ini satu cara jika kes Liwat 3 dibuka.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tengku Maimun Tuan Mat merupakan salah satu daripada tiga nama yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, lapor The Malaysian Insight.

Tengku Maimun akan menjadi ketua hakim wanita yang pertama negara sekiranya terpilih menggantikan Richard Malanjum.

Tengku Maimun berkhidmat sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan Nov 2018.

Calon kedua yang dihantar adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Azhar Mohamed dan ketiga Idrus Harun.

Jika Tengku Maimun Tuan Mat dipilih sebagai Ketua Hakim Negara ia seperti petanda membayangkan Anwar Ibrahim bukan Perdana Menteri ke 8.

Tengku Maimun adalah bekas hakim yang membuat penghakiman Anwar terlibat kegiatan homoseksual.

Dalam kes liwat pertama itu, Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti dua-satu, membebaskan Anwar dan Sukma Darmawan.

Bagaimanapun, terdapat dapatan khusus oleh hakim-hakim dalam penghakiman majoriti yang menyatakan bahawa mahkamah mendapati keterangan bagi mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terbabit dalam kegiatan homoseksual dan bahawa mahkamah lebih cenderung untuk mempercayai bahawa insiden yang dikatakan di  Tivoli Villa itu berlaku.

Lantaran itu Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu menarik diri daripada pendengaran rayuan kes liwat kedua.

 

Kisah liwat Anwar Ibrahim digembar-gembur pada PRK Port Dickson.

Sebelum PRK Port Dickson awal Oktober 2018 berita-berita kes liwat dan gay Anwar Ibrahim muncul kembali. Malah Anwar setuju beri keterangan kepada polis mengenai dakwaan itu.

Desas-desus video Anwar bersama ‘kekasih gaynya’ sudah bermula sebelum PRK Port Dickson lagi. Sudah ada dari cytro PPBM sendiri menulis mengenai kekasih Anwar di Indonesia dan Singapura.

Gambar 'anak ikan' Anwar, Adrielle Iman telah tular sebulan lalu sebelum dan dalam kempen Anwar Ibrahim di Port Dickson. Komen-komen netizen dalam laman media sosial facebook mengatakan itulah ‘kekasih baru Anwar’ di Malaysia.

Sehinggalah Raja Petra Kamarudin dalam blognya menulis “Photos And Porn Videos Of Anwar’s Alleged Gay Partner Going Viral"  mempopularkan lagi Adrielle Iman ahli perniagaan ‘perfume’ itu.

Berang dengan penyebaran video itu Adrielle Iman bertekad mahu menyaman sesiapa sahaja pihak yang menyebarkan video dan gambar itu

'Kekasih Gay' Anwar akan saman pihak yang sebar Video Seksnya!

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Kekasih Gay' Anwar akan saman pihak yang sebar Video Seksnya! ]

31 Disember 2018, Mohd Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabarnya di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson 2 bulan lalu, mempersoalkan presiden PKR itu jika beliau sudah mengisytiharkan tajaan untuk kempennya sebagaimana pengakuan ‘kekasih gaynya’ Adrielle Iman.

[ARTIKEL BERKAITAN - Saiful persoal Anwar jika tajaan 'kekasih gaynya' diisytiharkan ]

Adrielle tidak menafikan gambarnya yang tersebar  bersama Anwar di Port Dickson namun membuat pengakuan beliau berada dalam kempen itu  sebagai duta jenama syarikatnya yang menaja 5 acara menampilkan Anwar.

Saiful mempersoalkan sumbangan pilihanraya itu.

“Adakah sumbangan bagi 5 program itu diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan kewangan calon?” soal Saiful.

Kisah Adrielle Iman masuk tahun 2019

Kisah mengenai Adrielle Iman tidak berakhir selepas PRK Port Dickson malah memasuki fasa seterusnya pada tahun 2019 apabil Norfahmee Mohd Noor Pemangku Ketua Bahagian PPBM Nibong Tebal mengecam sikap Anwar Ibrahim yang masih belum insaf dan menyebarkan beberapa video bogel Adrielle Iman.

“Amat terkejut dengan video terbaru Anwar dengan pasangan budak muda lelaki yang tersebar di media sosial.

“Anwar selaku bakal PM perlu berhati-hati dan harus belajar dari kesilapan lalu”. katanya dalam satu kenyataan media di laman facebook.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video 'Anu' Kekasih Gay Anwar pula ditularkan ] Bagi sesiapa yang mahu lihat Video Klik link berkenaan

Video 'Anu' Kekasih Gay Anwar pula ditularkan

 

Ini bermakna di luar sana terdapat pihak yang menyimpan beberapa bukti gambar dan video mengenai perangai Anwar yang lama sebagai gay dan homoseksual. Apa yang berlaku sekarang ialah 'pelepasan' maklumat dari pelbagai pihak secara berfasa.

Warganet beranggapan Anwar tidak mungkin menjadi PM ke 8 dengan situasi ini. Apakah dengan pelantikan Tengku Maimun Tuan Mat bakal digunakan nanti untuk strategi' Liwat 3.0'?Apa yang pasti Anwar perlu berhati-hati dengan kerja 'part time' di belakang yang bakal menjeratnya kemudian. 

 

 

9 Comments